Pages

Tuesday

Rainbow Cake~! Happy Anniversary to My Beloved Parents and to My Other Half~~




Rainbow Cake~!

Saya dah lama sebenarnya nak buat cake ni...
Tapi memandangkan agak leceh sedikit kerana perlu berulangkali melakukan pembakaran ke atas adunan2 yang pelbagai kaler ni...so saya tangguhkan dahulu....

Sehinggalah sekarang ni...
Siap pun!!

Kebetulan pulak esok adalah anniversary perkahwinan my parents yang ke-25...dan kebetulan pula anniversary saya berkenalan dengan En. Saufi yang ke-2.....

Inilah tukang meriahkan hari2 istimewa kami! 

Mahukan resipi??
Scroll di bawah ye!

Rainbow cake

Bahan2:

200 gram buttercup
200 gram self-raising flour
200 gram gula castor
4 biji telur
2 sudu kecil perisa vanilla
Pewarna (merah, biru, hijau, kuning)

Cara2:

Putarkan butter dengan gula sehingga kembang dan berwarna putih.
Masukkan perisa vanilla.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Putar sehingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Setiap bahagian diletakkan perwarna berlainan.
Bakar asing2 untuk setiap adunan.
Lapiskan cake yang telah siap dibakar berselangselikan dengan buttercream.
Pastikan cake sejuk dahulu baru boleh sapu dengan buttercream...kalau tak nanti cair butternya.

Buttercream

Bahan2:

1 buku buttercup
6 oz. gula halus
6 oz. susu cair

Cara2:

Putar buttercup dengan gula sehingga kembang dan berwarna putih.
Masukkan susu cair.
Putar sehingga sebati.

Selamat mencuba~!!!


No comments: