Pages

Friday

Sup Ayam Simple~! [Khas Untuk Anak Dara Yang Baru Nak Belajar Memasak]

Assalamualaikum belog!

Alhamdulillah, akhirnya ada juga masa untuk saya luangkan pada belog yang sudah lama tidak disentuh ni. Almaklumlah, semakin dekat nak cuti semester ni, semakin banyak pula kerja2 yang perlu disiapkan. 2nd test pula start dari hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Hari ini baru la saya rasa seperti saya dapat bernafas. Dan seperti biasa juga, untuk melepaskan segala2nya, saya lebih suka untuk memasak. Kebetulan pula rumet semuanya sudah balik ke kampung halaman sebab study week.

Hari ini saya cuba untuk masak sup ayam ikut tekak saya ni ha. Anak2 dara yang nak try masak ni...boleh la cuba...rasanya pon sedap sangat sebab baru 1st time masak sup ayam ni...kantoiii!

Jom kita lihat resipi bergambar di bawah~!




Bahan2 yang diperlukan ialah:

Ayam (ikut selera korang)
Beberapa ulas bawang putih
3 inci halia muda
3 kiub pati ayam Knorr
Sedikit serbuk kurma
Cili api
Serbuk lada hitam
1.5 liter air



Pelbagai jenis sayuran kegemaran korang. Saya suka sawi dan broccoli sahaja. Carrot? No way! Ha ha ha. Daun sup jangan pernah dilupakan ye.


Ni lagi satu feveret saya. Ikut la apa pun pilihan anda ok....

Cara2nya:

Tumis hirisan bawang putih, halia dan cili api sehingga naik bau. Masukkan kiub  pati ayam dan sedikit serbuk kurma. Gaul sehingga rata.

Masukkan ayam.

Masukkan air.

Biarkan mendidih dan ayam empuk.

Masukkan sayur2 dan serbuk lada hitam.

Biarkan seketika.

Boleh makan kalau da betul2 yakin sup tu da masak. Hi hi hi.

Siap~!!!




Mengancam sungguh warna2 alam semulajadi kan! I love green food!


Boleh la dihidangkan untuk seisi keluarga dan juga boyfriend tersayang!!

"You Are What You Eat~!"



No comments: