Pages

Monday

Jalan-jalan ke Temerloh~!

Assalamualaikum belog,

Setelah 3 hari saya berfoya2 bersama dengan En.Saufi, hari ini merupakan hari menturbokan otak saya untuk menyiapkan segala jenis esaimen yang tah hape2 tu. Alhamdulillah, setakat ni hanya 2 esaimen dapat disettelkan dengan cara yang sangat baik. Bagus2....

Berbalik pada cerita saya berfoya2 ok. En.Saufi telah membawa saya berjumpa dengan family dia! Surprise gila tak? Ha ha ha. Tau tak betapa nervousnya saya ketika itu. Tapi perasaan nervous saya telah di cover dengan rasa bengang sebab drive melalui jalan kampung. Mak aih! Banyak kereta dan kaki saya agak lenguh di situ ye. Sampai ke sana lebih kurang dalam jam 11 pagi gitu la. Kami singgah ke Hospital Temerloh sebab bakal ayah mertua saya (ehem2!) tak sihat di sana. Tapi nampak sihat jek. Hi hi hi. 

Sebelum itu, kami ke rumah nenek En.Saufi. Menilik bayi....hi hi hi.

Lepas dari tu, bakal mama mertua saya (ehem2!) nak ikut kami pulang kerana saya telah dipaksa oleh bakal ayah mertua saya (ehem2!) untuk tidur semalam di rumah mereka. Lemah lutut saya bila kena bermalam. Saya memang control habis la. Macam perempuan Melayu kedua terakhir gitu. Ahaks!

Semasa di rumah family En.Saufi, tempat saya adalah di dapur sahaja. That's why la semalam saya bangun tidur pukul 11.54 pagi ye. Sangat penat. Harap maklum kepada En.Saufi. Ha ha ha.

Tapi family dia memang best! Saya sangat selesa dengan mereka. Tak sabar nak jadi sebahagian daripada keluarga En.Saufi yang sangat happening...lagi2 bakal mak mertua saya (ehem2!). LoL.

Jalan2 ke Temerloh, saya pergi makan di Kedai Makan Pak Usop (kalau tak silap). Patin tempoyak menjadi pilihan saya. Sangat sedap! Sedap gila! Haaaa..memang hancur diet saya...ha ha ha.... Gambarnya ada kat bawah ni...

Jom layan!! Zasssssssssss...!




Burung puyuh menjadi pilihan santapan En.Saufi kerana dia tak makan patin. Sangat rugi kan!


Tempoyak ni pon sedap. En.Saufi amik ulam ni sket gila. Mentang2la perut dia da lapar...dia amik cukup2 untuk dia jek tau...Mencik!!!


Muka orang kelaparan.... Makanlah sayang.....


Hadiah buat bakal anak saudara saya....Ayris!


Bakal sepupu tiri....


Bakal sepupu tiri....


Bakal sepupu tiri...


Bakal engineer terhandal Malaysia....


Last but not least.....Bakal suami saya.....Mmmmuahh!!


No comments: