Pages

Tuesday

Kantoi~!


Assalamualaikum belog,

Hari ini sudah terkantoi dengan menelan nasi ayam. Almaklumlah, orang belanja. Orang2 tua kata, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Hi hi hi. So, lunch harini memang menelan nasi ayam dengan nikmatnya. Anggaplah hari ini sebagai my cheating day in my diet keyh! Hi hi hi....

Disebabkan oleh itu, petang ni saya da melakukan aktiviti cardio bagi mengeluarkan segala tenaga yang sangat banyak masuk tadi dalam badan. Gagahkan diri untuk mengeluarkan peluh. Pada mulanya, saya hanya nak melakukan aktiviti di dalam gym sahaja. Tapi memandangkan hari ni public holiday, gym pon bercuti juga ye. So, saya ambil inisiatif lain untuk mengeluarkan peluh. Sorang2 je meronda UMP ni. Nasib baik ada seekor anjing gagah menemani saya. Pandai la anjing tu. Dia pon ikut jog ngan saya.

Breakfast tadi saya hanya mengambil oat dan minuman coklat. Lunch nasi ayam. Dinner oat kot. Takpon kalau rumet ada bawak lauk pauk best....terpaksa la ratah sedikit....kang terasa hati member....hi hi hi....

Kepada yang tak suka makan oat, saya nak kasi korang inisiatif paling best untuk menyedapkan oat. Apakah ia?


Campurkan oat dengan minuman hot chocolate dari Cadbury ni...memang sedap! Tapi sehari amik 1 sachet jek tau....sebab kandungan gula dalam 1 sachet ni pon da 4 sudu.....dan pastikan ianya hanyalah untuk breakfast....bak kata orang2 diet nih... "Breakfast like a king, lunch like a princess and dinner llike a pauper".

"You are What You Eat!"


No comments: