Pages

Saturday

Motivasi Kesihatan 1.


Assalamualaikum belog,

Yeah! I'm feeling healthy today! Pagi2 lepas Subuh jam 6.30 pagi, saya bersama2 dengan roomate saya Mija and Ann a.k.a. ANT (she's so petite) berusaha keras untuk membakar kalori selama 1 jam. Seronok sangat dapat hirup udara yang sangat segar. Rasa macam kitorang adalah manusia pertama, kedua dan ketiga yang memonopoli untuk menghirup udara yang segar itu. Matahari mula keluar lebih kurang jam 7.00 pagi. Pemandangan sangat cantik. Bilah2 cahaya matahari dari celah2 awan sangat2 breathtaking or overwhelming...oh...I cannot describe such a wonderful feeling at that moment.... Sangat cantik!

Ok. Berkenaan dengan my meal pula, breakfast tadi saya just makan oat with raisins...sangat enak! Lunch pula saya just ambil 2 slices of 'ikan tongkol' steam I think and a 'bergedil'. Sudah cukup memadai rasanya. Maybe petang ni saya hanya ambil buah2an kot. Tadi saya nak carik sayur...tapi semua lauk sudah kehabisan di cafe. Actually, sudah lama saya rasakan tidak menjejakkan kaki ke cafe. Saya tak sentuh nasi lagi since I came back from Temerloh. I need to watch out what are the foods really kan enter my stomach. Saya memang berjaga2 sekarang ni. I want to be healthy for this short term goal and for the long term goal, I want to be a perfect woman with a perfect figure or body shape.

Since saya memulakan my healthy lifestyles, saya dapat rasakan bahawa saya berubah menjadi seseorang yang baru. Yes, a new person in the same body. Saya sayang diri saya dan saya mahukan diri saya sentiasa sihat dan cergas. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, belum pun sampai sebulan saya mengamalkan gaya hidup sihat ni, salah seorang dari kawan rapat saya ada menegur saya kelmarin that I'm looking good! Semakin kurus....ha ha ha...mula2 dengar pujian tu rasa nak gelak...tapi saya terima pujian itu sebagai pembakar semangat untuk lebih fit!

Saya nak buktikan pada semua perempuan, bahawa walaupun tanpa Herbalife or any fat burner yang ada kat luar sana...saya mampu untuk hidup lebih sihat. Kunci pada kehidupan sihat adalah pemakanan dan aktiviti seharian. Anda bukan sahaja boleh kurus, tapi at the same time boleh jaga kesihatan dalaman seperti jantung dan prevent dari terkena cancer. Itu yang lebih utama. Kesihatan yang baik adalah satu anugerah yang sangat besar telah diberikan kepada manusia. Kalau anda simply ignore your health, alangkah ruginya anda. Saya pernah rasa tidak sihat dan saya tak mahu lagi rasa macam tu.

Saya perlu berubah.

Insyaallah, kalau niat saya baik, segala usaha saya untuk menjadi sihat akan diberkati olehNya. Saya doakan kesejahteraan anda semua.

Mulakan hari anda dengan senyuman, penuhkan hari anda dengan aktiviti2 sihat dan kenyangkan diri anda dengan makanan yang berkhasiat.

"You are What You Eat!"

No comments: