Pages

Sunday

Motivasi Walk Aerobic~!


Assalamualaikum belog,

Petang ni Ann ada kerja, so kami rest la dari walk aerobic. Dan malam ini juga saya ada perbincangan projek. Kadang2 stress bila dapat group member yang emosi. Rasanya perbincangan tu dibuat pada hari Jumaat. Then, postponed hari Sabtu malam. Postponed lagi dan pada malam ni tak tahu jadi ataupun tidak. Saya bukan ada 1 sahaja projek nak disiapkan dalam minggu hadapan. Projek lagi satu memang asyik nak kena cari masa yang sesuai. Nasihat saya ye, kalau anda bercinta tolong jangan susahkan kami kerana kami tak bercinta dengan pasangan anda dan kami tak mahu terlibat langsung dengan permasalahan cinta anda. Kalau tak tahu nak bahagikan apa itu bercinta dan apa itu belajar, better you choose one. Don't get involved with both. Hokkay?!

Ok. Macam biasa, selepas Subuh, saya, Ann, dan Mija bersiap2 untuk berjalan menghirup udara pagi yang totally fresh sebab malam tadi hujan. So, any dusts yang berterbangan semua telah jatuh ke tanah la kan? Yang tinggal hanya 79% nitrogen, 21% oksigen dan lain2 gas yang comel lote. Betapa segarnya! Sejuk2 macam tu pun kami boleh berpeluh dengan hebatnya. Ya! Itulah kuasa pembakaran lemak. Hi hi hi.

Aktiviti fizikal ni memang berat nak buat bila kita dengar sahaja. Tapi, sebenarnya anda tak perlu pun nak buat aktiviti fizikal yang berat2. Macam yang kami buat ni, adalah low-impact aerobic exercise. Jalan kaki macam biasa sahaja. Saya ada masalah tulang belakang. Ann baru lepas recover dari accident (retak kaki dan tulang pinggul). Mija ada sejarah kecederaan pada sendi kaki. So, kami sakit. Anda yang tak sakit mungkin boleh buat lebih dari kami. Tapi! Jangan pernah anda cuba2 beranikan diri untuk membuat sesuatu yang berat di hari pertama anda melakukan aktiviti fizikal. Konsep senang jek. Biar aktiviti tu biasa2 sahaja, asalkan konsisten dan cuba untuk tingkatkan prestasi sehari demi sehari. 

Kalau anda baca sejarah orang yang mampu hilangkan berat badan sampai 100lbs = 45kg, mereka bukan ambil masa yang sekejap. Bertahun2 yo! Tapi hasilnya, mereka nampak sihat dan lebih muda. Tak perlu nak habiskan banyak duit beli Herbalife yang ternyata mengamalkan plan diet yang serupa walaupun tanpa pengambilan Herbalife. 

Jangan terlalu bergantung harap pada produk2 pelangsingan badan yang belum tentu selamat untuk ginjal anda.

Kalau anda boleh berkorban untuk orang yang tersayang, kenapa tidak anda berkorban untuk diri anda? Sayangi diri anda. Buat yang terbaik untuk diri anda. Kalau anda sihat, insyaAllah, anda mampu untuk menjaga orang yang anda sayang. Kan2!

Baik. Breakfast saya untuk hari ini adalah sebiji epal hijau dan green tea. Lunch pula saya makan ayam masak halia dan sayur bayam. Dinner pula tak tau la. Mungkin takoyaki. Saya mengidam sangat nih. Mija mengidam foldover McD. Tapi dia kental. Hi hi hi.

"You Are What You Eat!"

No comments: