Pages

Sunday

Nilai Sesebuah Keluarga Bukan Infiniti Sebab Infiniti is Equal to Zero!


My Precious Family~!

Gambar 4 tahun yang lepas... Retro sangat kan? Mama ngan ayah muka kepenatan sebab siapkan juadah raya di kampung. Kami pon tolong juga. Tapi disebabkan kami masih muda, so, keceriaan di muka haruslah terserlah! Tengok la muka Wak Deli...Comel banget kan? Tapi masa ni dia malas nak gosok gigi. Alasan dia, "kita taknak orang cium2 kita!"

Masa ni Nakip kurus lagi. Sekarang da berketul2 da badan dia. Dia sangat rajin membina otot. Kadang2 kalau dia balik rumah...habis peralatan gym dia bawak kat umah. Alhamdulillah. Pointer study dia pon semakin memberangsangkan. Ayah betul2 bangga dengan Nakip sebab dia semakin menghampiri anugerah dekan.

Didi belum kenal apa itu shawl. Baju raya ni kitorang jahit manik sendiri tau. Didi jahit manik paling laju. Kemas pulak tu. Saya tak mampu nak jahit manik sebab leceh. saya just lukis corak jek. Didi yang tolong habiskan jahitan manik di baju saya. Hi hi hi.

Masa ni saya baru lepas clash dengan salah seorang dari ex-bf saya. Tapi, yang hebatnya tentang diri saya ialah saya masih mampu tersenyum manis apabila berada di samping keluarga tersayang. Mereka adalah kekuatan diri saya. Tanpa mereka mungkin saya adalah selemah2 manusia yang pernah wujud di muka bumi ini.

Sayangilah keluarga kita sebelum kita menyayangi orang luar. Insyaallah...kita akan rasa puas dan gembira hidup di dunia ni.


No comments: