Pages

Thursday

Beef Lasagna Mudah dan Sedap~!


Assalamualaikum belog~!

Seksi tak lasagna saya tu? Tergoda? Haruslah mencuba ye~! Senang dan ringkas jek buat dia ni.... Step2 yang penting dalam pembikinan lasagna ni adalah mencelur sekejap lasagna sheets dalam air panas, buat inti daging menggunakan sos Prego dan membuat white sauce yang lazat! Nyum2! 

1st step:

Celurkan kepingan2 lasagna dengan menggunakan air panas. Saya tersilap sedikit dengan merebus kepingan ni macam spaghetti...so terkoyak2 la kepingan lasagna ni...tapi saya tetap boleh menyusun ke dalam loyang dengan jayanya....ha ha ha...



2nd step: (inti daging)



Bahan2:

1 biji bawang besar (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang)
Daging cincang
Cendawan butang (dihiris nipis)
Sos Prego
Sedikit garam
Sedikit serbuk oregano

Cara2:

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang sehingga masak.
Masukkan cendawan butang.
Masukkan sos Prego dan sedikit air.
Masukkan garam sesedap rasa dan serbuk oregano.
Matikan api.


3rd step: (white sauce)


Bahan2:

2 sudu besar cheddar cheese atau 2 keping Cheesdale.
300ml susu segar
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

Cara2:

Dengan menggunakan api kecil, panaskan mentega.
Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
Masukkan susu segar.
Masukkan cheddar cheese dan sedikit garam.
Gaul sehingga likat. **Pastikan api sentiasa kecil dalam proses pembuatan white sauce ni ye~!
Tutup api sekiranya sudah likat atau kental.


IMPORTANT PART aka FINAL STEPPPP!!

Sediakan bekas yang boleh tahan dengan kepanasan oven.

Pastikan panaskan oven dengan suhu 180 degree Celcius. Gunakan api atas dan bawah.

Susunkan dengan dimulai dengan:

kepingan lasagna--> inti daging --> white sauce --> cheese-->kepingan lasagna--> inti daging---> white sauce--> cheese--> kepingan lasagna--> white sauce--> cheese

Untuk cheese anda boleh menggunakan mozarella cheese untuk rupa yang lebih mantopppp di bahagian atas sekali....nampak lebih menyelerakan.

Okeyh~!





Selamat mencuba~!


3 comments:

Namazi Rashid said...

sedap sunggoh nampak....da lame nak try makan denda ni..x nyempat² lagi

Amirah md esa said...

memang sedap...cuba la...:)

Muhammad Zul Fahmi said...

ada roommates bawak benda ni,lps tahu ianya handmade, teros rasa nak try buat sendiri gak..