Pages

Sunday

Caramel Pudding @ Puding Gula Hangus Amirah's Style~!



Assalamualaikum belog~!

Hari ni saya buat puding karamel jek...almaklumlah..tekak ni da lama tak menelan dessert nih.... Dari UMP tekak ni da terasa2 nak telan puding nih.....dan hari ni berjaya dilunaskan jugak! Hoore!

Resipinya saya just copy paste je dari entry lama2 sebab sama jek pon...ni da kira resepi warisan turun temurun Amirah da ni...hi hi hi....

Iman Umaira makan banyak betul tadi...sedap sangat gamaknya! Ahaks~!

Ok2...jom tengok dan try resepi saya nih yepp~!


Caramel Pudding~!

Bahan2:
  1. 1 cawan gula pasir
  2. 1/4 cawan air
  3. 1 tin susu cair
  4. 3 camca teh susu pekat
  5. 4 biji telur
  6. Beberapa titik esen vanilla
Cara2:
  1. Panaskan periuk dengan api yang sederhana. Masukkan gula pasir dan air. Kacau sehingga kehangusan.
  2. Setelah hangus, masukkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk dalam loyang.
  3. Susu cair, susu pekar, telur dan esen vanilla dipukul hingga sebati di dalam bekas yang berlainan.
  4. Masukkan campuran tadi ke dalam loyang caramel.
  5. Kukus selama sejam dengan api yang sederhana.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum di telangkupkan atas pinggan....
Selamat Mencuba~!

No comments: