Pages

Tuesday

Cek Mek Molek Versi Negro~!


Assalamualaikum belog~!

Hari ini akhirnya dapat jugak saya membakar segala lemak2 tepu di badan di atas threadmill Mama.... Sudah  2 minggu rasanya saya tak workout... Sibuk dan stress dengan exam.... Memang haruslah makan dan makan dan makan kan!

Alhamdulillah....saya sungguh happy sebab dapat lihat peluh2 keluar melalui liang2 bulu roma di kulit..... Semestinya la masin kan~! Yuckkks...perlu ke??! Dapat juga exercise selama 30 minit with average velocity...5.5 km/s...tak larat nak jog...it's better for me to walk very fast so that I can feel every beat of my healthy heart.....deng~!

Ok la.... Petang ni saya sempat belajar buat kuih tradisional orang2 Kelantan nih....semestinya...Cek Mek Molek...tapi versi kenegroan sikit....almaklumlah...keledek da lama duk dalam peti sejuk tu....dia nampak lebam sedikit...tapi apa ada hal....produk tanah Malaysia is the best walaupun sudah lama disimpan....ha ha ha...ada kaitan ke? Rupa2nya...kaedah nak buat kuih ni sangat la simple....perlu la simple...kalau tak saya hadap ke nak buat?? Sudah tentu tidak!

Jom la tengok resepi...buang masa jek duk menaip panjang2 nih.....

Bahan2:


  • Keledek
  • Tepung
  • Sedikit garam
  • Gula pasir


Cara2:


  • Rebus keledek sehingga empuk.
  • Lenyekkan keledek sehingga hancuss.
  • Uli dengan tepung yang dimasukkan sedikit demi sedikit sehinggalah anda merasakan ianya kental dan sesuai dengan kehendak anda.
  • Masukkan garam sedikit.
  • Bulat2kan keledek dan masukkan gula di tengah2 dan gentel2.
  • Goreng.
  • Hidangkan.



Lepas ni saya nak bukak kedai kat depan umah....hi hi hi....

Selamat mencuba~!


No comments: