Pages

Friday

Kepuasan Berada Di Rumah~!

Assalamualaikum belog~!

Hari ini adalah hari yang kedua saya berada di rumah. Home sweet home....

Percaya atau tidak, saya sudah berjaya melepasi cabaran paling hebat dalam hidup saya....iaitu...memandu dari Kuantan ke Lumut pada jam 5 petang~! FYI, saya melalui Genting Highland dan turun Batang Kali. Laluan itu adalah paling tough sekali bagi seorang perempuan yang memandu kereta berseorangan pada waktu malam. Hi hi hi. Agak cuak jugak masa tengah drive tu... Tapi, alhamdulillah....semuanya selamat.

Sejak berada di rumah ni, seperti kebiasaan la...saya asyik nak melantak jek....hi hi hi.....

Bernekad untuk memulakan diet dan aktiviti fizikal pada hari Isnin.

Kenapa Isnin?

Sebabbbbb...sekarang ni, En. Saufi berada di rumah saya.... So, memang tak sempat la nak buat semua tu. Dia nak makan macam2... Dia nak jalan2 shopping... Dengan ringan hatinya saya pun menemankanlah dia untuk beberapa hari ini.

Hari ini, saya masakkan kuey teow kungfu untuk Mama, Ayah, Didi, Deli dan En. Saufi. Letihnya bukan main. Lepas pergi Tesco, kena prepare untuk masak pula. Nasib baik la En. Saufi ni jenis rajin di dapur. So, takdelah nak sakit jiwa sangat. Selepas kahwin nanti, harap2 berkekalan lah sifat kerajinan dia menolong saya di dapur macam sekarang ni. Saya ni da tak mampu nak buat kerja berat2. Hi hi hi.

En. Saufi tiba malam semalam. Lebih kurang jam 12.40 a.m.. Dari meeting terus naik bas ke Lumut. Untuk berjumpa dengan buah hati tercinta dia nih...hi hi hi....

Dia ada bawa coklat import. Sangat pahit hokkay~!





Ini Deli yang da tak sabar nak membaham coklat2 pahit ni....hi hi hi~!

Memang En. Saufi sekarang kaki baham coklat la. Masa kami di Tesco, dia sempat grab 2 bungkus strawberry. Pastu dia nak saya buatkan coklat untuk celup strawberry tu. Haih~! Dengan bahan yang limited di rumah, saya pun buatkanlah ganache coklat yang selalu saya buat untuk kek coklat moist. Dan nasib baik dia willing nak tolong hiris2kan coklat tu... Saya cuma double boil kan hirisan coklat, sedikit butter, dan sedikit bancuhan susu Bella. Dan terhasil la strawberry celup coklat yang sangat mempesonakan deria rasa di mulut~! Nyum2!




Di samping itu juga, perut En. Saufi ni mengidam donut Big Apple pulak! Memang melantak habis2an kami harini. Semasa kami tengah sibuk memilih donut pelbagai perisa, En. Saufi sangat2 bengang kat pekerja Big Apple tu. Hi hi hi. Mana taknya, En. Saufi pilih donut perisa Green Tea, then pekerja tu explain betul2 yang perisa tu tak sedap. Pahit. Ha ha ha....Nampak kampung sangatkah En. Saufi ketika itu? Pekerja tu ingat En. Saufi tak pernah makan kot perisa tu....Padahal perisa tu la fevret dia....hi hi hi...


Inilah akibat Ayah dan En. Saufi berperut buncit~! Di makan dulu tanpa sempat di ambil gambar.....haih!

Harini memang terlalu penat. Macam ni la agaknya saya kalau sudah berkahwin. Hi hi hi.

Ini kuey teow silat saya pada malam ini.....resipinya di kemudian hari ye...hi hi hi...



Oklah...mahu tidur dahulu~! Esok nak prepare untuk buat popia pula....nyte!

No comments: