Pages

Thursday

Lempeng Cheese~!


Assalamualaikum belog~!

Amacam? Mengancam tak lempeng saya? Hi hi hi.... Ni gara2 menyelongkar belog Cik Mat Gebu la....bergebu2 lempeng saya jadiknya....

Terus terang saya katakan yang saya tak pernah buat lempeng guna telur. Tak sangka pulak kalau guna telur, lempeng boleh lembut dan gebuuuuuu!!! Comel jek masa makan....hi hi hi....

Untuk lempeng ni saya guna resepi Cik Mat Gebu di sini....cuma saya tambahkan parmesan cheese sebab mengada2 nak lawan kesedapan dengan resepi asal....ha ha ha....tapi hasilnya sangat memuaskan.... Jom tengok bahan2nya~!





BAHAN-BAHANNYA :-)


  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 1/2 cawan air (ikut pekat)
  • 2 camca besar minyak masak
  • 5 pokok kuchai, hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • 1/2 camca teh baking powder
  • Sedikit parmesan cheese (memandai saya tambah!)
  • Sambal tumis untuk dicicah




CARA MEMBUATNYA :-)


  • Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis dan air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit. (masukkan cheese sekali)
  • Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan tadi, kita kurang tambah sedikit lagi. Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
  • Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap. Hidangkan dengan sambal tumis sebagai sarapan pagi.





Selamat menjamu selera~!

2 comments:

suhaili mohd isa said...

Heheheh...thanks bagi resepi dear. Today nak try buat. Jemput singgah my page www.suerizal.com

Noor Haslynda said...

Sis kalau x pakai parmesan cheese tp pakai cheese lain blh x ?