Pages

Thursday

Roti John Bakar~!


Assalamualaikum belog~!

Heaven gila hari ini.... Mama puasa...so..saya boleh la conquer dapur. Menu Roti John ni sebenarnya telah diilhamkan oleh ayah saya semalam. Dia nak sangat buat. Hari ni pulak mama puasa....terus ayah minta saya buatkan Roti John yang diilhamkan dia untuk mama berbuka puasa. Sebagai seorang anak perempuan yang patuh kepada kata2 kedua ibubapanya, saya pon menuju ke dapur dengan lemah gemalainya menyediakan bahan2 yang telah dibeli oleh ayah saya. Jom kita tengok resipi~!

Bahan2:

  • Sebungkus daging burger jenama Ramly (dilumatkan)
  • 2 biji tomato (dicincang)
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit keju parmesan
  • Sedikit keju cheddar
  • Roti Perancis disapu marjerin
  • 3 biji telur (scrambled)
Cara2:
  • Tumiskan tomato dengan menggunakan sedikit marjerin. 
  • Masukkan garam, serbuk oregano,lada hitam, dan serbuk cili. Gaul rata.
  • Masukkan daging. Gaul sehingga daging masak.
  • Campurkan dengan scrambled egg.
  • Letakkan di atas roti yang da disapu dengan marjerin.
  • Taburkan parmesan dan cheddar.
  • Bakar sehingga cheddar cair.
  • Hidangkan.
Ayah puji tau masakan saya ni. Hi hi hi.

Jom layan ice floss perisa mango dengan pearl2 yang sangat manis dan meletup2 dalam mulut~!



No comments: