Pages

Saturday

Sotong Goreng Tepung Hell Fireeee~!!


Assalamualaikum belog~!

Saya kalau pergi ke kedai makan seafood...wajib order sotong goreng tepung ni...selalunya..diorang buat sotong goreng tepung ni da macam jemput2 sotong....ada orang tak suka...tapi saya suka...belum bereksperimen lagi nak buat sotong goreng jemput ala2 takoyaki tu....almaklumlah...mama ngan ayah yang beli sotong...kang kalau masak jadik lain...membebel jek la diorang tu....faham2 sendiri la yek....

Malam ni...untuk dinner...saya cuba buat sotong goreng tepung yang garing di luar...tapi lembut dan tersangatlah juicy di dalam... tapi..mama request buatkan yang pedas...so...terciptalah Sotong Goreng Tepung Hell Fire neyh....ha ha ha...nama agak komersial kan!

Jom tengok resipi~!

Bahan2:

8 ekor sotong di hiris kasar.
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung goreng serbaguna (spicy)
2 sudu besar lada putih yang ditumbuk kasar. **Boleh kurangkan sekiranya anda tak tahan pedas
1 sudu kecil baking powder.
Sedikit garam
1 biji telur ayam

Cara2:

Celurkan sotong ke dalam air panas mendidih selama 30 saat. Ini bagi mengelakkan sotong meletup ketika digoreng.
Toskan sotong.
Gaulkan sotong dengan lada putih dan garam.
Pukulkan telur ayam sekadar mencampurkan kuning dan putih. Kemudian gaulkan sotong ke dalam telur yang telah dipukul.
Dalam bekas berasingan, gaulkan tepung gandum, tepung goreng serbaguna dan baking powder.
Sotong digaulkan dengan tepung dan goreng secara deep fry dengan api yang sederhana.
Goreng sehingga tepung bertukar golden brown. Jangan goreng lama2 kerana akan menyebabkan sotong menjadi liat dan keras.
Siap untuk dihidangkan~!


Looks crispy~!



No comments: