Pages

Monday

Ayam Goreng Berempah & Kuih Lompang~!


Assalamualaikum belog~!

Hari ini sudah masuk hari yang ketiga umat Islam menyambut bulan Ramadhan.... Bestnya dapat berpuasa.... Saya belum berkesempatan untuk berpuasa... 1st day saja saya terpaksa berbuka walaupun masa berbuka hanyalah tinggal setengah jam saja lagi..... Takde rezeki di situ.... Takpelah...Sekurang2nya saya tau yang saya ni masih lagi seorang perempuan yang belum menopous! Ha ha ha.... *lawak ke?*

Saya goreng ayam berempah dan nasi lemak untuk menu berbuka puasa.... Pencuci mulut pula, saya buat kuih lompang~! Di sini saya hanyalah mahu berkongsi resepi AYAM GORENG BEREMPAH dan KUIH LOMPANG sahaja ye...

Untuk ayam goreng berempah,


Bahan2:

1/2 ekor ayam dipotong kecil
8 ulas bawang putih (dikisar)
6 batang serai (dikisar)
3 inci halia (dikisar)
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk kasar lada putih
Sedikit garam
Sedikit daun kari

Cara2:

Bersihkan ayam dengan tepung gandum.
Perapkan ayam dengan kesemua bahan2 di atas (minima 1 jam).
Goreng dengan api yang sederhana.
Toskan minyak dan hidangkan bersama2 nasi.



Untuk kuih lompang pula,


Bahan2:

2 cawan tepung beras
1 cawan gula merah atau gula melaka
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air
1/2 sudu teh kapur

Cara2:

Didihkan gula merah dan gula pasir dengan air. Sejukkan
Apabila sejuk, tuangkan air gula tadi ke dalam tepung beras. Gaul sehingga sebati.
Masukkan air kapur yg ditapis.
Panaskan acuan lompang di dalam pengukus.
Setelah itu tuangkan adunan ke setiap acuan dan kukus selama 15 minit.
Sejukkan.
Hiaskan parutan kelapa muda dicampur dengan sedikit garam.
Hidangkan.


Saya gunakan acuan comel ni untuk kuih lompang....

Sebelum saya mengakhiri entry saya ini, ingin saya paparkan ciskek oreo yang saya siapkan hari ini untuk tempahan dari kawan mama....


Nyum~! 

Papaiii....!

No comments: