Pages

Tuesday

Ayam Panggang Lemon Dengan Rosemary~!


Assalamualaikum belog~!

Baru saja lepas siapkan menu untuk berbuka puasa hari ni.... Ye la...orang yang tak puasa beriye2 jek macam orang puasa....hi hi hi...

Untuk menu hari ini...ayah saya request ayam panggang.... Saya pun bersungguh2 la nak buat apa untuk ayam panggan kasi nampak special sket....so...dengan berbekalkan rosemarry kering dan lemon yang ada...terhasil la AYAM PANGGANG LEMON DENGAN ROSEMARRY ni.....

Jom layan resepinya...


Bahan2:

1/2 ekor ayam yang dipotong kecil
6 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
2 inch halia (ditumbuk kasar)
1 sudu makan serbuk cili
Sos marinate secukup rasa
Rosemary kering
Garam secukup rasa
1 sudu makan lada hitam
Kicap manis secukup rasa
Sedikit minyak zaitun
1 biji lemon dihiris kasar
Sayur2 kesukaan anda (saya letak kentang, carrot dan kacang buncis)

Cara2:

Ayam dibersihkan.
Gaul kesemua bahan di dalam satu bekas dan ditutup dengan cling wrap.
Perap selama mungkin. Saya perap selama lebih kurang 6 jam.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200 degree celcius selama 1 jam atau sehingga masak.






No comments: