Pages

Tuesday

Caramel Pudding~!


Assalamualaikum belog~!

Resepi kali ni adalah resipi ulangan yang selalu saya buat.... 1st time buat manis gila.....dan pecah masa nak kuarkan dari loyang..... 2nd time buat pun hampir2 pecah....manis jugak...masa tu memang xreti nak ubahsuai resepi ni....kali ketiga baru la saya berjaya buat dengan sempurna.....alhamdulillah.....

Kali ni pulak saya nak try letak warna....nak jadikan caramel pudding batik....ha ha ha...tapi untuk percubaan kali ni saya hanya letak sedikit sahaja warna merah dan biru....tapi tengokla...warna biru jek yang menyerlah....tapi nampak macam berkulat pulak...ha ha ha....kalau kat Malaysia ni ada Halloween party...saya da buat da caramel pudding berkulat....hi hi hi.... Jom la tengok resepi saya ni eaa..!!

Bahan2:

1 cawan gula pasir
1/4 cawan air
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat
4 biji telur
Sedikit esen vanilla

Cara2:

Gula pasir dan air dipanaskan sehingga hangus yakni warnanya bertukar menjadik golden brown. Jadilah caramel.

Setelah itu..masukkan caramel ke dalam loyang. Biarkan ia mengeras.

Satukan susu cair, susu pekat, telur dan esen vanilla ke dalam blender. Blend sehingga semuanya sebati.

Masukkan ke dalam loyang yang berisi caramel keras tadi.

Kukuskan selama 1 jam di dalam pengukus.

Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.

Telangkupkan ke dalam pinggan dengan berhati2.

Hidangkan dan siap untuk dimakan~!





3 comments:

Nur Amalina said...

wahhh..blog k.mia blog msakan eh...hehe

Amirah md esa said...

hihihi.....itu la niat selama cuti sem ni....

Nur Amalina said...

ok go go..hihi..