Pages

Saturday

Chilled Oreo Cheese Cake [No Bake]


Assalamualaikum belog~!

Malam ni saya berjaya menghasilkan satu lagi resepi cheese cake....iaitu oreo cheese cake... Kali ni memang saya combine segala resepi yang telah saya study dari belog2 tukang masak yang ada di dunia ni.... Tak mustahil untuk saya menghasilkan sekali lagi cheese cake  oreo ni.... To be honest, cheese cake oreo ni 2 kali lebih sedap dari cheese cake yang telah saya hasilkan sebelum ini...sebab tak terlalu masam...sape yang suka masam, bolehlah cuba resepi saya sebelum ini... Cheese cake oreo ni saya cuba untuk kurangkan masam sebab saya nak rasa keenakan cheese tu sendiri wujud dalam penghasilan cheese cake kali ni.... Nyum2~!

Kali ni saya berjaya juga keluarkan cheese cake dari loyang...almaklumlah...saya tak mampu nak beli springform tin...insyaallah..saya akan beli jugak satu hari nanti....hi hi hi....


Berdasarkan gambar di atas ni, saya telah mengeluarkan cheese cake ni dengan meletakkan aluminium foil sebelum meletakkan bahan2 secara bersilang.... Alhamdulillah....berjaya dikeluarkan dengan selamat...cuma saya tak reti nak buangkan aluminium foil yg tertindih oleh kek tu...hi hi hi....xpe la..asalkan da duduk atas pinggan....

Jom tengok resepi gubahan saya sendiri....

Bahan2:

250 gram cream cheese Philadelphia
1 kotak kecil whipped cream Emborg
65 gram gula kastor
2 bungkus biskut Oreo
2 sudu teh serbuk gelatin Halagel
Sedikit air panas untuk melarutkan gelatin
90 gram Buttercup yang telah dicairkan
40 mL yogurt perisa natural

Cara2:

Sejukkan whipped cream dan bekas yang akan digunakan untuk memukul whipped cream ke dalam peti sejuk selama 1 jam.

Hancurkan 1 1/2 bungkus biskut oreo dan gaul bersama2 dengan Buttercup yang telah dicairkan. Pastikan crushed Oreo boleh dikepal. Setelah itu, padatkan crushed Oreo di dalam loyang. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.

Pukul cream cheese bersama2 dengan gula sehingga sebati dengan kelajuan yang maksimum. 

Larutkan gelatin ke dalam air panas sehingga jernih.

Pukul whipped cream sehingga kental pada kelajuan maksimum. Pastikan anda tidak memukul apabila whipped cream sudah kental kerana ianya akan cair balik.

Masukkan adunan cream cheese ke dalam adunan whipped cream. Kemudian, masukkan gelatin dan yogurt. Gaul rata dengan menggunakan spatula.

Patahkan2 Oreo yang ada untuk dicampur ke dalam adunan cheese tadi.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi Oreo yang telah dipadatkan.

Biarkan ianya menyejuk selama lebih kurang 4 jam. Seelok2nya biarkan semalaman di dalam peti sejuk.

Siap~!!!


Anda boleh hiaskan bahagian atas dengan biskut Oreo mengikut kreativiti anda yek....biskut saya tak cukup sebab Nakip makan....hi hi hi...selamat mencuba ye!!!

Esok puasaaaaaa!!



No comments: