Pages

Friday

Chilled Strawberry Cheese Cake (Tidak Perlu Bakar)~!


Assalamualaikum belog~!

Hari ini saya sangat gembira sebab cita2 saya nak buat cheese cake ni tercapai! Cheese cake ni tak payah bakar pun....hanya perlu disejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam saja.... Rasanya pun fully cheesy....nyum2! Saya tak suka cheese cake yang bakar..... Saya suka makan cheese ni sejuk2...sebab rasa macam comel sangat! Hi hi hi...

Masa nak buat cheese cake ni...saya takut sebab satunya saya hanya gunakan loyang yang biasa saja...tak guna springform pon.... Lepas tu masa mencampurkan whipping cream dan campuran cream cheese dan gula, saya terpukul guna mixer...sepatutnya hanya digaulkan sahaja... dan adunan saya cair..... Tapi alhamdulillah...setelah 2 jam di dalam peti sejuk, cheese cake ni mengeras macam biasa....bersyukurrrrr sangat2!

Kalau guna loyang springform...rasanya lagi kemas kot biskut kat bawah tu....ni saya tawakal jek masa nak keluarkan....hi hi hi... 

Ayah sangat happy dapat makan cheese cake yang saya buat.... Dia request nak saya buatkan cheese cake perisa durian belanda....Didi pulak request nak cheese cake perisa coklat.... Perisa strawberry ni mama yang nak.... Saya pulak...makan jek apa yang diorang request tu... Ni pun saya rasa sayang nak makan....

Untuk resepi ni, saya ikut resepi dari belog Dapur Tanpa Sempadan...klik sini untuk resepi.... Tapi saya ada ubah sedikit la...sebab terlepas pandang...hi hi hi....

BAHAN-BAHANNYA :

200 gram biskut mudah hadam @ digestive cookies
80 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese (jenama Philadelphia)
60 gram gula halus
6 biji strawberry segar, kisar halus (saya tak buat pun)
1 camca teh strawberry emulco
6 biji strawberry segar, didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR") ((saya guna jenama Halagel))
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil) (saya guna jenama Emborg)
Strawberry segar untuk hiasan



CARA MEMBUATNYA :

Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.

Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree strawberry, dan juga strawbeyy emulco tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.

Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buah strawberry yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.

Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah strawberry dan hidangkan..


Senang jek nak buat ni...jangan risau xjadik...kalau xjadik pun...rasanya tetap best~!


No comments: