Pages

Monday

Creamy Chicken Pasta Carbonara~!


Assalamualaikum belog~!

Malam ni saya dah berjaya membuat carbonara tanpa menggunakan jenama Prego! Hi hi hi...resepi kali ni betul2 homemade.... Khas dari Venice of Perak.... Hi hi hi....

Untuk resepi carbonara ni, pada mulanya saya agak terkejut kerana bahan utama dia adalah telur dan parmesan cheese serta garam dan lada hitam...digaul bersama2 dengan pasta yang masih panas.... telur masak dengan kepanasan dari pasta tu sendiri.... Tapi...tekak saya agak kembang la kalau tau telur tak masak gaul ngan pasta...so..saya amik inisiatif utk memanaskan carbonara sauce ni dengan api yang sangat perlahan bagi mengelakkan sauce ni bertukar jadik scramble egg...hi hi hi....

Bahan2:



1/2 bungkus spaghetti (direbus di dalam air yang mendidih dengan sedikit minyak)
75 gram butter (dicairkan dan disejukkan pada suhu bilik)
2 biji telur ayam (dipukul sekadar untuk mencampurkan kuning dan putih)
75 gram Parmesan cheese
1 keping cheddar cheese
250 mL thickened cream
Ayam  bahagian dada (dihiris kasar)
Cendawan butang
Sayur salad
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis
Serbuk basil leaves

Cara2:



Di dalam sebuah bekas, campurkan butter yang telah dicairkan dan disejukkan, telur, thickened cream, lada hitam, parmesan cheese, bawang putih dan garam. Gaulkan kesemua bahan sehingga sekata.



Masukkan campuran tadi ke dalam sebuah periuk dan panaskan dengan menggunakan api yang paling kecil.

Kacau campuran setiap 30 saat bagi mengelakkan telur menjadi scrambled egg.

Setelah lebih kurang 10 minit, tutupkan api.

Di dalam sebuah kuali, masukkan sedikit minyak. 

Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam dan masak sehingga empuk. Kemudian masukkan hirisan cendawan butang dan basil leaves. Gaul kesemuanya sehingga betul2 masak. ** Gunakan api yang kecil.

Masukkan tumisan tadi ke dalam periuk yang mengandungi carbonara sauce. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan sebentar sambil kesemua bahan2 digaul. 

Siap untuk dihidangkan~!


Sangat mudah kan! Selamat mencuba anak2 gadis semua......hi hi hi...





5 comments:

Miss Etown said...

nice entry! hi im already follow ur blog.. feel free to visit n follow me back. thanks :)

Amirah md esa said...

thank you sis...i'll follow urs.....:)

Alia Laila said...

Saya cari resepi ni dekat google lepastu keluar blog ahkak hihi ! :D

Suka sangat blog ni sebab banyak resepi haa :D

*masuk list*

Amirah md esa said...

thanks sgt sis alia laila.....cuba2 la masak resepi saya ye...hi hi hi...

LadyLeo.Muslimah said...

Mohon share.... Terima kasih....
:)