Pages

Monday

Homemade Carbonara (No Prego)~!



Assalamualaikum belog~!

Penatnya seharian buat kerja.... Masak, menjahit, groceries shopping, babysit, masak, menjahit.... Ni belum kahwin lagi ni...kalau da kahwin...da kerja...memang tak larat da nak buat apa2.... Kerja pun nanti mesti kat production line yang panas tahap gaban....tu belum kira lagi sedut bahan2 kimia yang tengah meruap.... Memang mandul la saya...ha ha ha....

Tengahari tadi saya buat mee kari.... Untuk dinner pulak Didi suruh saya buatkan carbonara....kalau guna Prego xpe lagi...ni dia nak carbonara yang homemade punya... Memang lepas rasa carbonara homemade ni....dah tak terasa nak sentuh Prego lagi... Sebab homemade punya lagi rich dengan cheese....Memang sangat creamy la...makan sikit pun dah cukup...sebab muak...tapi sedap...haa..camno nak buek tu! Ha ha ha...

Kali ni saya tak letak cendawan ngan chicken breast....saya cuma letak chicken meatloaf jenama Ayamas... Kalau jenama lain agak masin sedikit....

Resipinya sama macam yang asal... klik sini...

Bahan2:

1/2 bungkus spaghetti (direbus di dalam air yang mendidih dengan sedikit minyak)
75 gram butter (dicairkan dan disejukkan pada suhu bilik)
2 biji telur ayam (dipukul sekadar untuk mencampurkan kuning dan putih)
75 gram Parmesan cheese
1 keping cheddar cheese
250 mL thickened cream
Chicken meatloaf dihiris kasar
Sayur salad/brokoli
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2:

Gaulkan kesemua bahan sehingga sekata.

Masukkan campuran tadi ke dalam sebuah periuk dan panaskan dengan menggunakan api yang paling kecil.

Kacau campuran setiap 30 saat bagi mengelakkan telur menjadi scrambled egg.

Setelah lebih kurang 10 minit, tutupkan api.

Siap untuk dihidangkan~!


Sebanyak ni jek la kalau saya makan creamy carbonara....takut nak makan banyak2 sebab ada thickened cream yang sangat banyak dengan lemak susu....hi hi hi...


Selamat menjamu selera~!




No comments: