Pages

Tuesday

Homemade Potato Wedges Ala2 KFC~!


Assalamualaikum belog~!

Malam2 macam ni terpaksa saya memenuhkan perut Didi yang mengidam macam2 dari air tangan saya ni... Nasi goreng cili api la....potato wedges ni jek yang mampu aku buatkan untuk dia....ni pun sebab kesiankan dia sebab dia da start kerja as a waitress kat western restaurant di Sitiawan...sementara tunggu panggilan kerja dari pihak JPA...

Selalunya potato wedges saya beli di Giant...di bahagian pick 'n' mix tu...senang keje...tapi malam ni..stock yang ada cuma onion ring...itu pun da habis dikerjakan Didi....harap badan jek kecik..selera macam buaya!

Simple jek resepi saya ni....

Bahan2:

5 bijik kentang saiz sederhana (dicuci dan dipotong wedges)
Tepung goreng serbaguna (spicy)
1 biji telur ayam
Sedikit garam

Cara2:

Rebus kentang bersama2 dengan sedikit garam sehingga kentang empuk.
Pukulkan telur sekadar untuk mencampurkan putih dan kuning.
Gaulkan kentang yang telah direbus dan ditoskan ke dalam telur.
Masukkan tepung goreng serbaguna dan gaulkan sehingga permukaan kentang disalutkan dengannya.
Gorengkan dengan api yang sederhana. Angkat kentang setelah salutan tepung berwarna golden brown.
Sedia dihidangkan.
Boleh dimakan bersama2 serbuk cheese yang telah dibancuh.

Selamat mencuba~!




No comments: