Pages

Tuesday

Ikan Keli Berlada~!


Assalamualaikum belog~!

Hari ini saya bersama2 mama masak untuk lunch..Mama masak kentang tumis telur dan sayur pucuk paku tumis....saya pulak special sikit....IKAN KELI BERLADA~!

Ikan keli sangat sedap dan berkhasiat.... Kalau saya nak dekat2 exam...saya mesti beli ikan keli jek hari2 kat cafe UMP... Sebab, berdasarkan teori..ikan yang mempunyai banyak lemak ni adalah sangat berkhasiat untuk perkembangan otak kerana lemak ikan mengandungi Omega 3 yang sangat tinggi... Kalau mat saleh tau ikan keli ngan patin banyak lemak...mesti dorang promosikan gila2 macam ikan salmon dan ikan dory...

Sebenarnya...kat Malaysia ni da cukup da semua rempah ratus dan haiwan2 yang sangat berkhasiat untuk dijadikan makanan...cuma kurang promosi... Kalau kat Barat...daun2 seperti oregano, rosemary dan parsley digunakan secara meluas dalam masakan mereka.... kat timur ni lagi best....ada daun kesum...daun cekur...daun sup...bunga kantan...dan macam2 lagi la...digunakan sebagai perasa makanan yang sangat sedap! Kalah Barat tau!~

Alahai...da melalut pulak....ok la...saya saja nak share resepi ikan keli ni....anak2 dara yang baru nak belajar masak..kena try ni...saya boleh...takkan la korang tak boleh kot...hi hi hi...

Bahan2:

5 ekor ikan keli (dibersihkan dan direndam dengan 10 biji limau kesturi bagi menhilangkan hanyir ikan)
Serbuk kunyit dan sedikit garam (untuk digaulkan bersama ikan keli)
**3 biji bawang besar @ 10 biji bawang merah
**4 ulas bawang putih
**5 biji cili api
**Segenggam lada kering yang telah direbus
Sedikit garam
Sedikit gula
2 biji limau kesturi (diperah dan diambil jusnya)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2:

Gorengkan ikan keli yang telah digaul bersama2 dengan kunyit dan garam. Ketepikan.
Kisarkan bahan2 yang bertanda **.
Tumiskan bahan2 yang dikisar tadi sehingga cili benar2 masak (pecah minyak).
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan perahan jus limau kesturi dan gaul rata.
Apabila sudah masak, tuangkan tumisan ke atas ikan keli dan siap untuk dihidangkan.

Selamat menjamu selera~!




No comments: