Pages

Thursday

Laksa Johor Pasti Sedap~!


Assalamualaikum belog~!

Alhamdulillah...kenyang sudah perut saya ni... Harini menu berbuka simple jek... Laksa Johor dan Puding Laici.....

Bersederhanalah anda dalam berbuka puasa ye....hi hi hi...

Laksa Johor ni sedap sangat... Kalau nak try...dipersilakan ye....

Jom tengok resepi~!

Bahan2:

1 bungkus spaghetti
500 gram isi ikan yang telah direbus dan diasingkan tulangnya
200 gram udang kering
5 ekor udang basah besar (dikisar)
4 cm kunyit hidup
3 batang serai
4 cm halia
4 cm lengkuas
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 cm belacan
3 keping asam gelugor
1/2 cawan kerisik
4 sudu makan rempah kari ikan 
4 cawan santan (2 cawan cair & 2 cawan pekat)
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa

Cara2:

Rendam cili kering dalam air panas sehingga kembang.
Kisar cili kering bersama bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, lengkuas, belacan dan serai hingga halus.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau hingga rata.
Masukkan isi ikan, udang basah dan udang kering. Kemudian gaul rata.
Tuangkan santan cair, gula, garam, asam dan kerisik.
Biarkan mendidih.
Tuang santan pekat.
Biarkan mendidih.
Perasakan kuah sehingga sedap mengikut citarasa anda.

Bahan ulam2an:

Daun kesum
Bunga kantan
Kacang panjang
Bawang besar
Timun
Limau kasturi
Taugeh

Sambal belacan:

Cili padi, belacan, garam dan gula ditumbuk dan dicampurkan sedikit air.

Spaghetti direbus di dalam air yang mendidih dan diletakkan minyak bagi mengelakkan spaghetti melekat. Apabila sudah empuk, toskan dan hiruskan dengan air sejuk.

Amacam? Berani tak try???



No comments: