Pages

Monday

Mee Kari Udang~!


Assalamualaikum belog~!

Harini saya masak mee kari feveret.... 1st time masak mee kari dan saya bernasib baik kerana mee kari saya sangat sedap.... Hi hi hi...Iman dan Bella pun berebut2 nak makan.... Seronok saya!

Kalau kat UMP, ada satu kedai tu jual mee kari sizzling... Memang sedap sangat...Tapi bezanya dia letakkan cendawan tiram...ada la rasa cendawan tu...rasa mee kari yang unik dan sedap... Kuah dia pun pekat.... Kedai ni dekat persimpangan 4...belakang stesen minyak Caltex.... 

Ok la....resepi mee kari ni daripada mama saya....so...saksikan jek la bahan2 dan cara2 di bawah ni k....


Untuk kuah kari,

2 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
Segenggam cili kering (dikisar)
Serbuk kari (dikisar sekali dengan bahan2 di atas)
2 batang serai (diketuk)
Santan
Air
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Ayam
Udang

Tumis bahan2 yang telah dikisar dan serai di dalam periuk sehingga pecah minyak. Masukkan santan dan digaulkan sekata. Masukkan air mengikut keperluan. Kalau nak pekat, tak perlu letak air banyak sangat. Kacau sekata. Masukkan ayam dan masak sehingga empuk. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut tastebuds anda. Apabila mendidih, masukkan udang dan masak sebentar. Tutupkan api.

Sebungkus mee kuning (dicelur)
Bawang goreng
Taugeh
Tauhu goreng (dihiris)
Daun bawang (dihiris)

Hidangkan mengikut citarasa anda.....


Selamat mencuba~!



No comments: