Pages

Saturday

Resepi Beef Steak | Mashed Potato & Gravy | Coleslaw~!


Assalamualaikum belog~!

Amacam juadah berbuka puasa saya hari ini? Seksi tak? Hi hi hi.... Dari pagi saya menyiapkan semua bahan perapan...plus buat ciskek customer order.... Alhamdulillah...selesai jugak..... Ayah ngan Mama pun happy...paling kelakar Ayah la....duk ulang alik kedai naik motor g beli barang....nasib baik la dia rajin.... Mama pulak tolong saya kemas2 dapur sket.... Lepas siap dishes ni...mau tak pengsan dibuatnya....

Pagi2 Ayah ngan Mama pergi pasar, beli daging batang pinang sekilo... Lepas tu, kitorang pergi Tesco carik bahan2 untuk dishes ni and buat ciskek.... Lepas tu, terlupa pulak nak beli sos sourplum....ayah la pergi ke kedai...sementara saya menyiapkan semua bahan2 yang hendak dimasak.... Memang meriah la dapur siang tadi.... Dengan gurau senda Mama dan Ayah.... Dengan kelentung kelentang bunyik lesung batu.... Ha ha ha.....

Ok lah....di sini saya akan senaraikan bahan2 dan cara2 membuat beef steak, mashed potato dan coleslaw ye.....

Beef Steak

Bahan2:

1 kg daging batang pinang (dihiris lawan urat)
6 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 sudu makan lada hitam (dikisar)
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos sourplum
2 sudu makan sos Worchesteshire
2 sudu makan madu
2 sudu makan olive oil

Cara2:

Satukan kesemua bahan dan perap selama 5 jam.
Panggang tanpa perlu menekan2 daging.
Jika daging sudah lembut dan masak, hidangkan bersama sos lada hitam.

Mashed Potato

Bahan2:

Beberapa biji kentang (dikupas dan dipotong 4)
Susu segar
Lada hitam/ lada sulah
Butter

Cara2:

Rebus kentang sehingga empuk. Toskan sehingga air tiada. Lenyek kentang sepuas hati.
Masukkan butter mengikut citarasa anda. Lenyek sehingga rata.
Perisakan dengan lada hitam/ lada sulah.
Untuk hasil yang gebu dan rasa yang enak, masukkan susu segar mengikut citarasa anda.

Gravy

Bahan2:

1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
Butter untuk menumis
2 sudu makan tepung jagung
2 kiub ayam
3 1/2 cawan air
Lada hitam
Lada sulah

Cara2:

Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter sehingga berwarna kecoklatan
Masukkan tepung jagung (tanpa dibancuh) ke dalam tumisan bawang tadi. Tumis sehingga warna coklat.
Masukkan air.
Masukkan kiub ayam, lada hitam dan lada sulah.
Kacau sehingga mendidih. Kalau pekat atau masin, bolehlah ditambah air.

Coleslaw

Bahan2:

1 batang carrot (dihiris halus atau disagat)
1 biji kubis manis (dihiris halus)
Yogurt asli
Mayonis
Sedikit jus lemon
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (ditumbuk kasar)

Cara2:

Satukan kesemua bahan dan perasakan mengikut citarasa anda.
Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Haaaaa! Korang boleh la hidangkan di hari special korang....kalau saya dah kawin..memang ini menu untuk candle light saya dengan suami....tapi dia sekali kena masuk dapur..tolong saya melenyek kentang...ha ha ha... Siyesli..habis tenaga buat mashed potato....banyak gila buat.... Malam ni memang pengsan berdengkur la jawabnya!! Ha ha ha....



6 comments:

Mugmerah said...

jiran mugmerah ckap bagus mkan bnda ni untuk naikkan berat. jadi mugmerah pon cari resepi dia. nmpak sedap. yummm..

CikNorlie said...

mira..nak cedok resipi mira gak la..hihihi..

Amirah md esa said...

sila2...hi hi hi...

~~IrdaBay~~ said...

Waaah! Nampak sungguh nyummy!! Kena cuba resepi awak nih..(^_^)

~~IrdaBay~~ said...

Waaah! Nampak sungguh nyummy!! Kena cuba resepi awak nih..(^_^)

hainom OKje said...

Cantik hiasan tu...ada daun lagi!