Pages

Thursday

Resepi Donat/Doughnut Dari Mama...Sangat Lembutttt~!


Assalamualaikum belog~!

Mula2 sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada mama saya kerana sudi berkongsi resepi donat yang sangat2 lembut kepada saya.... Kalau nak tau...donat mama ni la yang selalu permintaan rakan2 kami adik beradik....Mana taknya...rasa yang berkrim dan sangat2 lembut! Walaupun dah sejuk....tapi donat mama saya ni tetap lembut.... Rasa happy sangat bila makan.... Hi hi hi...

Alhamdulillah...bertambah sedikit ilmu saya dalam dunia masakan ni... Mama kata...resepi donut ni sebenarnya resepi buat roti....doh donat ni boleh jek bakar untuk jadik roti.... Macam2 boleh buat....kiranya resepi ni resepi basic la dalam penyediaan roti..... Ok la...jom layan resepi~!

Bahan2:


1 bungkus serbuk Mauripan
3 sudu makan susu tepung
3 sudu makan mentega
3 sudu makan gula
Sedikit garam


500 gm tepung gandum


1 cawan air

Cara2:

Satukan dahulu mauripan, garam, gula, mentega, susu tepung dan air. Larutkan hingga semua bahan2 serbuk cair dengan sekata. Mentega memang tak larut. 

Masukkan sedikit demi sedikit tepung sambil adunan diuli menjadik doh tepung. Pastikan sehingga doh tidak melekat di jari. Kalau melekat, just celupkan jari ke dalam tepung dan uli sehingga tidak melekat.


Setelah itu, tinggalkan seketika sehingga doh naik seperti gambar di bawah.


Apabila doh sudah naik, ulikan sekali lagi bagi mengeluarkan angin yang terhasil di dalam doh. Pastikan doh menjadi kecik semula.


Bentukkan ikut kemahuan anda. Tapi doh harus dipastikan tiada angin di dalam.. Sentiasa diuli.

Setelah doh sudah dibentukkan, biarkan sehingga naik semula...dan bolehlah digoreng atau dibakar.


Selamat menjamu selera~!




3 comments:

Alia Quwera said...

Sangat membantu

Anonymous said...

Ringkas & lebih mudah..

Anonymous said...

tompang tny dough ni blh utk pizza gak kn?