Pages

Tuesday

Resepi Kek Lumut Kukus~!


Assalamualaikum belog~!

Bagaimana puasa hari ni? Berhasilkah anda mengumpul pahala yang banyak? Hi hi hi..kalaulah pahala tu dapat dilihat seperti wang kertas US dollar...mesti ramai da jadik kaya kan! Teruskanlah mengutip pahala di bulan Ramadhan ni ye.... 

Hari ni saya rasa mengantuk sangat sebab semalam tidur pukul 4 pagi..then kena bangun sahur pukul 5 pagi...so memang takde mood nak masak juadah berbuka... Mama just buat cencaru sumbat jek ngan sayur bayam masak air....then sardine rolls....alhamdulillah...kenyang sangat2....

Malam ni saya bersemangat nak buat KEK LUMUT ni... 1st time buat ingatkan tak jadi sebab dalam fikiran anggap yang kek ni pasti akan naik macam kek coklat kukus yang saya buat... Rupa2nya memang kek ni tak naik...ada la buat research sket pasal kek ni....memang kek ni tak naik sebab ianya ala2 kek lapis Sarawak gitu....soooo...saya pun hepi la.... Kebetulan pula ayah saya memang suka kek ni....dia yang suruh saya buat....

Rasa kek ni manis sket kalau ikutkan resepi yang asal...tapi saya cuba kurangkan sedikit....memang ok....gebu sangat2!! Dan yang penting ianya dikukus selama 3 jammmm!!! Kalau nak jual kek ni..memang mahal la..kene cas kos gas...hi hi hi....

Jom kita lihat resepi KEK LUMUT~!

Bahan2:

250 gram butter (dibiarkan lembut pada suhu bilik)
3/4 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
1 cawan horlicks
4 biji telur ayam
4 sudu makan kaya
1/4 cawan susu pekat
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna hijau epal

Cara2:

Panaskan pengukus. Lenserkan acuan dengan butter dan taburkan sedikit tepung gandum untuk mengelakkan kek dari melekat ketika dikeluarkan.
Pukul butter dengan gula halus sehingga kembang dengan kelajuan maksimum.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul dengan kelajuan sederhana.
Masukkan kaya dan susu pekat. Gaul rata.
Masukkan tepung dan horlicks berselang seli dan sedikit demi sedikit. Kacau rata.
Masukkan esen vanilla dan pewarna. Gaul rata.
Masukkan ke dalam adunan dan tutup dengan aluminium foil. Pastikan aluminium foil di'seal'kan betul2....ikat dengan getah atau tali rafia.
Kukus selama 3 jam atau sehingga masak.


Seriously, kek ni sangat lembut dan enak! Cubalah pasti anda gembira dengan hasilnya... En.Saufi pun suh tinggalkan sedikit untuk dia... Kek ni pun tahan lama untuk disimpan... Cubalah ok~!

Bubbye~!


Aksi si comel dengan baju raya~!

No comments: