Pages

Saturday

Sambal Ayam Sedap~!



Assalamualaikum belog~!

Tengahari ni masak apa?? Saya masak sambal ayam nih....dah tak tau nak masak apa da...ini jek yang simple dan sedap.... Mama saya buat sayur lemak...kasi lawan dengan sambal....memang terangkat2!

Malam ni...keluarga boyfriend Didi datang dari Kelantan....nak bercuti di Pangkor katanya...soooo...tak perlu saya susah2 nak masak....sebab ayah nak belanja makan kat restoran.... Curllllasss hokkay!

Apa2 hal pun....meh tengok resepi sambal ayam versi saya nih~!

Bahan utama:

Ayam dipotong kecil2
2 cawan minyak masak

Bahan2 yang perlu dikisar:

3 biji bawang besar
Segenggam cili kering

Bahan2 yang perlu dihiris:

1 biji bawang besar
Sedikit daun bawang (hiasan)

Bahan2 perasa:

4 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Serbuk Cukup Rasa
Sedikit air asam jawa
1 sudu kecil serbuk cili
Sedikit kicap masin

Cara2:

Ayam digoreng bersama2 dengan garam dan kunyit.

Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan2 yang dikisar.

Masukkan bahan2 perasa kecuali air asam jawa. Bertujuan untuk mempercepatkan proses memasak.

Apabila sambal hampir masak, masukkan bawang yang dihiris dan air asam jawa. Gaul rata.

Tunggu sehingga minyak naik.

Taburkan hirisan daun bawang dan sedia untuk dihidangkan.



Selamat menjamu selera~!



No comments: