Pages

Tuesday

Sotong Goreng Tepung Rangup~!


Assalamualaikum semua~!

Apa juadah berbuka hari ni? Jangan beli kat bazaar jek tau...sesekali kena masak jugak... Hurmm..lately dah banyak dengar pasal kes keracunan makanan gara2 membeli di bazaar... Para peniaga silalah teliti ketika memasak...tu kan sumber rezeki korang... Para pembeli pula kena pandai la pilih makanan yang bersih dan berkualiti ye....

Hari ni saya cuma goreng sotong dan cucur saja...mama buat asam pedas.... Minum pula air oren jek...simple... Sejak dah dewasa ni memang tak pernah nak mengidam pape bila puasa.... Mungkin sebab dah puas makan masa kecik2 dulu...hi hi hi...

Jom layan resepi SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP~!

Bahan2:

Sotong (dibersihkan dan dipotong kasar)
1 biji telur ayam (dipukul)
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung goreng serbaguna
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk kasar)
Garam

Cara2:

Sotong perlu dicelur di dalam air yang mendidih lebih kurang 30 saat bagi mengelakkan sotong meletup semasa digoreng dan mengekalkan kekenyalan sotong apabila sudah digoreng.
Kesemua jenis tepung dan lada hitam serta garam diadun sekali.
Celupkan sotong ke dalam telur kemudian salut dengan adunan tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan dengan api yang sederhana.
Goreng sehingga kekuningan dalam 3-4 minit. Angkat dan toskan minyak. 
Sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba~!




2 comments:

adda syuhada said...

nampak betul2 rangup la sotong tu...sedapnya kalau dapat kunyah2 ni..

Amirah md esa said...

nyum2...mmg sedap....cubalah esok....:p lagi best kalau letak ketumbar jintan.....berempah gitu...