Pages

Tuesday

Spaghetti Goreng Kari~!


Assalamualaikum belog~!

Hari ini seharian saya tak makan nasi... malas nak makan... xde selera... 

Tapi perut berkeroncong.... hi hi hi..

Memandangkan lebihan spaghetti malam tadi ada lagi...saya mengambil keputusan untuk menggoreng dengan style yang saya reka! Hi hi hi... Rasanya sedap... Iman dan Bella bertambah2 makan walaupun pedas...

Bahan2:

1/2 bungkus spaghetti yang sudah direbus
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4 biji cili api
2 sudu kecil serbuk lada
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kacang tanah
1 biji telur ayam
2 biji tomato
Sedikit hirisan kubis
Sedikit hirisan lada merah dan hijau
2 sudu besar kicap mee goreng
Sedikit kicap
Sedikit garam

Cara2:

Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili api, serbuk lada, serbuk kari dan kacang tanah.

Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.

Masukkan kicap mee goreng dan gaul rata.

Masukkan tomato, kubis dan lada merah serta hijau. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit garam.

Masukkan spaghetti dan gaul rata. 

Pecahkan telur dan gaul rata.

Perasakan dengan kicap sekiranya kurang masin.

Siap dihidangkan~!








No comments: