Pages

Friday

Amirah's Chilled Strawberry Cheesecake~!

'

Assalamualaikum belog~!

How's ur day? Sini mendung jek...pagi2 dah hujan...memang sejuk sangat.... Bila da sejuk badan mulalah rasa macam nak bergolek2 di katil jek kan.... Hi hi hi...

Saya sebenarnya masih mengumpul mood untuk menjahit bantal2 yang tengah tergendala....tapi memandangkan 9hb September sudah semakin menghampiri...lagi bertambah stress saya ni.... On that date saya kena pulang kembali ke UMP.... Tak dapat la nak mengaktifkan diri di dapur lagi.... Kena push otak pulak untuk calculations yang menggila tu.....

Ok la..hari ni saya decide nak buat ciskek strawberry.... Sebelum balik ke kampung minggu lepas..saya ada beli strawberry 2 bekas kat Tesco... 1 bekas saya gunakan untuk ciskek customer... 1 bekas lagi saya simpan untuk buat ciskek raya ni.... Tapi sesampai saja saya di rumah...strawberry dah tak berapa nak segar....ada 2 biji yang da busuk...apa lagi..terus la saya bersiap ke Giant berdekatan untuk abiskan stock strawberry ni.... 

Jom lihat resepi olahan dari saya sendiri....

Bahan2:

250 gram cream cheese Philladelphia (dibiarkan lembut pada suhu bilik)
65 gram gula halus
1 tsp strawberry emulco
200 mL whipping cream Emborg (disejukkan di dalam peti sejuk)
150 gram biskut Marie perisa coklat (dikisar halus)
80 mL mentega (dicairkan)
7 biji strawberry dikisar bersama 2 sudu makan strawberry yogurt
6 biji strawberry (dipotong dadu kecil)
2 tsp gelatin Halagel (dicampur bersama 5 sudu air panas dan dibiarkan larut sekata)

Cara2nya:

Biskut Marie yang telah dikisar dicampurkan bersama2 dengan mentega dan gaul sehingga boleh dikepal.

Padatkan di dalam loyang spring foam 8". Masukkan ke dalam freezer selama 30 minit.

Putarkan whipping cream pada kelajuan tinggi sehingga kental. Masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian chiller.

Di dalam bekas lain, satukan gula halus, cream cheese dan strawberry emulco. Pukul sehingga berkrim dengan kelajuan tinggi.

Masukkan strawberry yg telah dikisar dengan yogurt ke dalam adunan cream cheese. Pukul rata.

Masukkan gelatin dan gaul rata.

Kemudian, masukkan adunan cream cheese tadi ke dalam bekas yang mengandungi whipping cream. Gaul rata dengan menggunakan spatula. Masukkan juga strawberry yang telah dipotong dadu.

Setelah memastikan biskut di dalam loyang spring foam keras dan padat, masukkan adunan tadi ke dalam loyang tersebut.

Sejukkan di dalam freezer selama 2 atau 3 jam. Kemudian masukkan ke bahagian chiller dan biarkan semalaman.

Jika masih belum keras, masukkan kembali ke bahagian freezer. Ini kerana, saya tidak menggunakan banyak gelatin.

Siap untuk dihidangkan.



Selamat mencuba~!





No comments: