Pages

Monday

Ayam Masak Kicap Dengan Kentang~!


Assalamualaikum belog~!

Amacam puasa hari ni? Ok kah? Atau sudah tidak sabar untuk beraya? Hi hi hi hi....Pasti tak sabar nak beraya....

Baiklah..harini malas nak celoteh panjang2....just lihat saja resepi AYAM MASAK KICAP DENGAN KENTANG ni ye....

Bahan2:

Beberapa ketul ayam (dipotong kecil dan digoreng)
2 biji kentang (dipotong wedges dan digoreng)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis (sepanjang 1 inci lebih saja)
3 biji biji pelaga
1 biji bawang besar (dihirs kasar)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 biji cili hijau (dihiris kasar)
1 sudu makan kicap pekat
Kicap manis secukupnya
Sedikit lada hitam (ditumbuk kasar)
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Minyak untuk menumis (lebih kurang 2 cawan minyak)

Cara2:

Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, dan biji pelaga sehingga naik bau. Kemudian, tumiskan bahan2yang dihiris sehingga layu.
Masukkan sedikit garam.
Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Untuk kuah banyak, boleh tambah kicap manis mengikut anda.
Masukkan asam jawa.
Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
Masukkan kentang dan gaul rata.
Boleh dihidangkan dengan nasi putih yang masih panas.

Siap~!








No comments: