Pages

Wednesday

Cucur Udang Kering Gebu~!


Assalamualaikum belog~!

Ni juadah semalam ni...tak update pun semalam sebab penat sangat...hi hi hi.....

Jom layan resepi Cucur Udang Kering Gebu~!

Bahan2:

2 cawan tepung gandum
2 3/4 cawan air
1/2 packet Mauripan
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
50 gram udang kering (dikisar)
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Cara2:

Campurkan kesemua bahan dan biarkan sehingga adunan kembang...
Goreng secara deep fry.
Toskan dengan tuala dapur.
Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Selamat mencuba~!


No comments: