Pages

Tuesday

Resepi Biskut Semperit Dahlia~!


Assalamualaikum belog~!

Biskut ni panas dari oven ok...dah siap terus amik gambar...hi hi hi.... Raya kali ni biskut saya memang warna-warni.... Ceria sangat~! Bersesuaian la dengan tujuan raya tu sendiri kan...

Malam ni saya buat 2 adunan sahaja...1 adunan saya guna pewarna kuning dan 1 adunan lagi saya guna pewarna hijau apple.... Dihiasi dengan ceri saja... Kalau dengan gula manik pun cantik jugak...tapi warna biskut kene pastel la....baru anggun dan jelita...hi hi hi...

Jom kita lihat resepi k~!

Bahan2:

A
200 gram butter (dilembutkan dalam suhu bilik)
100 gram gula icing
2 biji kuning telur
1/4 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu pewarna kuning/hijau/pink
B
250 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
30 gram tepung kastad

Cara2:

Campurkan dan gaulkan bahan2 A hingga sebati (jangan sampai kembang..cukup sekadar meratakan dengan senduk)
Masukkan bahan2 B dan gaul rata.
Lenserkan loyang dengan butter.
Gunakan acuan yang bersesuaian.
Panaskan oven 140 degree Celcius dan bakar adunan 30 minit atau sehingga masak.


Selamat mencuba~!





No comments: