Pages

Friday

Resepi Ikan Masak Taucu~!


Assalamualaikum belog~!

Ini resepi kedua untuk belog saya hari ini....ikan merah masak taucu....nyum!!! Simple tapi sangat sedap dan mengenyangkan.....

Jom lihat resepi~!

Bahan2:

3 ekor ikan merah sederhana besar dikerat pada 2 bahagian (kepala, badan dan ekor)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
Beberapa biji cili api (dihiris)*kalau anda suka pedas..leh la letak lebih...
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan taucu
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Serbuk kunyit

Cara2:

Gorengkan ikan dengan melumurkan garam dan serbuk kunyit....
Setelah garing, ikan diangkat dan ditoskan.
Tumis pula bawang dan cili sehingga naik bau...perasakan dengan garam...
Masukkan taucu dan gaul rata..
Masukkan ikan dan gaul rata..
Masukkan sedikit air asam jawa...Gaul rata....
Siap~!

Selamat mencuba~!


No comments: