Pages

Thursday

Resepi Sup Kaki Ayam~!


Assalamualaikum belog~!

Harini saya pergi memborong kaki ayam....hi hi hi...Dalam singgit lebih da boleh dapat seperiuk sederhana besar sup ayam ni....Sape yang tak makan kaki ayam ni memang tak kampung la...hi hi hi...makanan kampung sume sedap2 belaka ok...rugi2.....

Kaki ayam sebenarnya lagi bagus dari daging ayam.... Nak tau kenapa? Berdasarkan penyelidikan saya di Google...orang kata kaki ayam ni bagus untuk mencegah osteoporosis....dan ia merupakan salah satu sumber collagen...so ini menunjukkan bahawasanya kaki ayam mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi.... 

Jadikkkkkk...marilah kita mencari kaki ayam ye.... 

Di sini saya sertakan resepi SUP KAKI AYAM....

Bahan2:

Kaki ayam (dibersihkan dan dipotong 2)
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Sedikit rempah ratus 3 serangkai (kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga)
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sayuran2 (kentang, carrot, bunga kubis, jagung kecil)
Air

Cara2:

Tumiskan bahan yg dihiris bersama rempah ratus.
Masukkan kaki ayam.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan garam dan lada sulah.
Apabila mendidih masukkan sayuran.
Masak sehingga kesemuanya empuk.

Siap~!


Popia ni sangat sedap...menjadi rebutan di sekitar Manjung ni....Sebiji berharga RM0.50...walaupun kecik tapi disebabkan rasanya yang mabeles....orang ramai dah tak kisah pasal harga dia....hi hi hi...

Ok la...Selamat mencuba resepi2 saya k....

No comments: