Pages

Friday

Resepi Sup Rumpai Laut~!


Assalamualaikum belog~!

Siapa suka makan rumpai laut??? Erm..sedap gila kan! Ya...skang ni saya lebih suka masak beraneka jenis sup yang ringan.... Bukan apa...bila perut saya kosong...hidangan yang sangat sesuai adalah sup.... Kalau terus makan makanan pepejal memang perut saya tak selesa sangat2..... Ubatnya adalah minum Vitagen....hi hi hi....Tak tau la..lately perut saya memang sensitif sket....sambal memang tak boleh.....tak kira la pedas ke tak...pasti akan memulas2.....

Ok lah...kalau semalam saya ada bagitau sedikit tentang khasiat kaki ayam kan... Harini saya nak bagitau tentang khasiat rumpai laut pulak..... Seperti yang diketahui umum, rumpai laut adalah makanan kelaziman wanita Jepun dan Korea serta segelintir orang2 Chinese.... Cara masakan adalah lightly soup.... Kalau kita tengok, wanita2 belah2 sana...kebanyakannya cantik2...ramping dan berkulit halus... Rahsianya ialah cara pemakanan dorang tau.... Dan yang paling penting, dorang tak suka makan kenyang2 macam ular sawa....cukuplah sekadar berhenti sebelum kenyang...dan dorang suka makan dalam kuantiti yang sangat sedikit.... Khasiat rumpai laut boleh mencegah pelbagai penyakit antaranya kanser....boleh cegah tau!!

Panjang lebar pulak intro saya ye...takpe la...Jom kita lihat resepi bergambar ye..saya terlebih rajin....hi hi hi.. Tadaaaaaaaaaa~!

Bahan2:


4 ulas bawang putih dan 1 inci halia dicincang...


Sedikit lada hitam ditumbuk kasar...


Sebungkus tofu telur dihiris kasar.....


Sebiji telur dipukul....


Bahan yang paling penting adalah seaweed....boleh didapati di Tesco berdekatan....pastikan anda mencuci bersih2 ye.... Seaweed ni anda ambil sedikit saja...kerana apabila sudah direndam dengan air, ia akan mengembang...nyum2~!

Cara2 membuatnya:


Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau...


Gorengkan tofu telur dengan api yang kecil.... 


Apabila sudah agak kekuningan, angkat dan toskan minyak pada tofu dengan menggunakan tuala dapur...


Pada tumisan tadi, masukkan air dengan jumlah yang dikehendaki dan masukkan lada hitam...biarkan sehingga mendidih...


Apabila mendidih, masukkan telur yang dipukul tadi dan kacau rata...


Masukkan pula seaweed...perasakan dengan sedikit garam....

Siap~!!!

Senangkan? Pada anak2 gadis yang masih muda dan mahu menjaga kecantikan kulit...sila ke Tesco dan cari dried seaweed ni k.... Hi hi hi.....

Nyum~!

Selamat mencuba~!





4 comments:

pembekal mutiara said...

NAK CUBALAH SEDAP..AS PEARL SETAPAK MENGKOMERSILKAN
RUMPAI LAUT(IBU KOLEGEN) YANG HANGAT SEKARANG.
RUMPAI LAUT, KUNING RM 10.00 100GM
PAKEJ A. RM 10.OO UTK 100GM AMBIL 200GM FREE POS
PAKEJ B AMBIL 400GM RM 8.00 UTK 100GM FREE POS
PAKEJ C AMBIL 1KG RM 7.00
UTK 100GM FREE POS
PAKEJ D AMBIL 50 KG. BOLEH SMS 0138973903 UTK BORONG

RUMPAI LAUT UNGU (STOK TERHAD)
PAKEJ A. RM 11.OO UTK 100GM AMBIL 200GM TAMBAH POS RM 4.00
PAKEJ B RM 11.OO AMBIL 300GM FREE POS
PAKEJ C AMBIL 500GM RM 9.00 UTK 100GM FREE POS

Jaysen Jr Gonzales said...

dapatkan rumpai laut @ marine collagen serenda rm30 1kg termasuk pos ke seluruh Malaysia, dijamin termurah di Malaysia

Sila Ke Blog Saya Untuk Info Lanjut

http://didierumpailaut.blogspot.com/

nisya salihin said...

Tesco bahagian mana ea bleh dpt seaweed ni? Teringinnya. Ni seaweed yg segera tu ka?

nur syamimi said...

seaweed ni brand ape ye?