Pages

Tuesday

Sambal Goreng Sihat~!


Assalamualaikum belog~!

Nampak menyelerakan tak? Ini adalah antara lauk kegemaran saya. Dimakan bersama nasi panas dan kicap. Ermmmm..dap! 

Bahan2:

3 biji bawang besar (dhiris)
4 ulas bawang putih (dhiris)
6 biji cili api (dhiris)
Sedikit ikan bilis (direndam dan ditumbuk)
Sedikit kacang panjang (dihiris menyerong)
Sedikit udang (dibuang kulit)
Tempe (digoreng)
Kentang (dihiris)
Sedikit cili merah (dihiris)
Sedikit santan
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk cili
Sedikit su'un @ bean thread (direndam)

Cara2:

Tumiskan bawang besar dan bawang putih serta cili api. Tumiskan sekali dengan garam, gula dan serbuk cili.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sehingga masak.
Masukkan santan. Dah siap~!






2 comments:

adda syuhada said...

bila time sahur makan sambal goreng ni automatik mata yg separuh buka tu membulat...sedap sgt bila dpt smbal goreng ni masa sahur..

Amirah md esa said...

betul tu sis...selera jek nak makan sahur...hi hi hi...