Pages

Wednesday

Sup Rumpai Laut Dengan Bebola Ikan~!


Assalamualaikum belog~!

Diet sihat sudah bermula!!! Yeahhh! Ini makanan saya untuk harini... Dari pagi sampai sekarang belom jamah nasik lagi....makan seaweed je.... Takde selera makan sudah.....Ni pun rasa nak muntah sebab rasa mcm full gile.....

Sape nak resepi ni? Of kos la untuk orang nak diet kan....hi hi hi...

Bahan2:

4 ulas bawang putih (dicincang)
Sebungkus fish  ball (dibersihkan)
1 biji telur ayam (dipukul)
Sedikit seaweed kering (direndam dan dicuci)
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam

Cara2:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan air secukupnya dan masukkan garam secukup rasa.
Apabila mendidih, tuangkan telur dan masukkan fish ball.
Masukkan pula seaweed. Biar sehingga masak.
Matikan api.
Siap untuk disantap...

Simple~!

Sape2 nak kulit cantik..makanlah seaweed banyak2.....itulah rahsia kejelitaan para wanita Jepun dan Korea....



No comments: