Pages

Saturday

Resepi Laksa Mee Pantai Remis~!


Assalamualaikum belog~!

Hari ni merupakan hari terakhir saya berada di rumah sebelum memulakan sesi pembelajaran pada hari Isnin nanti... Dan hari ni jugak saya masak resepi paling istimewa di Perak... Orang2 dari daerah Pantai Remis dan Pulau Pangkor jek tahu.... 

Untuk laksa mee ni saya buat guna resepi orang Pantai Remis... Saya tanya kat Mama Iman jek.... Memang terpikat dengan laksa mee dia kelmarin.... Kalau kat Pantai Remis, supnya dari ketam dan udang..... Tapi kalau di Pulau Pangkor, diorang gunakan ikan untuk sup..... Kalau ikan macam dah biasa....tu yang try ketam ni....memang superbbbb!

Untuk mee pula...hanya ada dijual di sekitar Lumut, Manjung dan Pulau Pangkor jek....Special kan!


Mee ni kalau kat kedai boleh beli sebungkus terus ataupun beli by gulung2 macam ni.... Dalam gambar tu ada 3 gulung...itupun dah banyak... Rupa dia memang macam spaghetti....tapi lagi sedap dari spaghetti..... Mee ni direbus sehingga lembut kemudian dicuci dan ditoskan....

Laksa mee ni terdiri daripada sup (ketam,udang,ikan) dan sambal yang kaw2 pedasnya serta kacang panjang yang digoreng... Nak makan laksa mee ni pun ada cara tau.... Selalunya orang luar akan amik sup banyak2..... Hi hi hi..tapi sebenarnya supnya amik sikit jek...sambal yang amik banyak.... Kesedapan laksa mee ni bergantung kepada rasa sambal yang pedas2 manis....nyum2!

Untuk menghasilkan sambal yang sedap....haruslah gunakan bawang merah banyak2!!


Oklah....dah tak sabar rasanya nak share resepi laksa mee ni.....

Bahan2:

A

3 gulung laksa mee (direbus,dicuci,ditoskan)

B (sambal)

Cili kering RM2.00 (direndam air panas dan buangkan biji serta dikisar)
15-20 biji bawang merah (dikisar)
1 labu bawang putih (dikisar)
1 keping asam keping
Minyak secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

C(sup ketam dan udang)

4 ekor ketam bunga (dibelah 2)
Udang (dibersihkan)
Air secukupnya
1 kiub pati ikan bilis
Sedikit garam
Bawang merah dan bawang putih (dihiris dan ditumis darat)

D (kacang panjang goreng)

Kacang panjang secukupnya (dihiris kasar)
Bawang merah dan bawang putih (dihiris)
Sedikit garam

Cara2 membuatnya:

B (sambal)

Tumiskan kesemua bahan seperti membuat sambal tumis. 
Minyak perlulah banyak supaya cili betul masak. Setelah siap boleh la dikeluarkan minyak daripada sambal.
Asam keping turut dikeluarkan setelah sambal siap.
Rasa untuk sambal ini adalah pedas dan manis.

C (sup ketam dan udang)

Rebuskan ketam dan udang hingga mendidih kemudian masukkan bahan yang ditumis darat ke dalam sup.
Perisakan dengan garam dan kiub ikan bilis.

D (kacang panjang goreng)

Tumiskan bawang merah dan putih dengan sedikit minyak.
Masukkan kacang panjang yang telah dihiris kasar dan perisakan dengan garam.
Pastikan kacang hijau tidak layu. 

Siap~!


Gaul dan makan!

Haaaa...heavennn........hi hi hi... 

Pas makan baru boleh packing baju.....


Hi hi hi.....bubbye semuaaaaa...pasni dah takde masak2 lagi da.....



5 comments:

b said...

sambal boh udang kering lgi sdap,kuah boh udang lipan bes..

Anonymous said...

sambal boh udang kering.kuah boh udang lipan bess...

Anonymous said...

Memang sedap...makanan dari kecik2 cuma mee tu yang meragukan sbb cina buat..kalau kita tgk mee tu sebenaqnya bukan buat di pangkor tapi penang...skrg ada jual laksa mee keluaran muslim kat sg batu pantai remis..

Azila Waheeda Kamaruzaman said...

Assalamualaikum, Mana nk cari laksa mee nie di kL yer?
Kalau tau WA sy 0122116494

Azila Waheeda Kamaruzaman said...

Assalamualaikum, kat mana nk cari laksa mee ni di kl ya. Kalau tau WA sy 0122116494