Pages

Sunday

Resepi Simple Tiramisu Versi Amirah~!


Assalamualaikum belog~!

Secara tiba2 saya ada mood nak buat something kat dapur.... Esok dah nak balik UMP dah... Soooo...ini adalah sentuhan saya yang terakhir sebelum saya kembali bercuti pada Hari Raya Haji nanti.....

Tiramisu....

Nak buatnya memang cukup senang....yang penting ongkosnya harus ada..... Jom tengok resepi yang saya olah sendiri....

Bahan2:

Biskut lady fingers secukupnya
250 gram cream cheese
200 mL whipping cream
4 sudu makan natural yogurt
1/2 cawan gula halus
Bancuhan coffee (consists of 1 tbsp of coffee powder + 1 cup of boiling water)
Serbuk koko

Cara2:

Sediakan 2 bekas berasingan untuk memukul whipping cream dan cream cheese.
Pada kelajuan tinggi, pukul whipping cream sehingga kental. ((A))
Pada kelajuan yang sama, pukul cream cheese dan gula halus sehingga sebati. Kemudian, masukkan yogurt dan pukul sehingga gebu.((B))
Satukan ((B)) ke dalam bekas ((A)).
Gaul rata. Tak perlu pukul.
Celupkan biskut lady finger ke dalam bancuhan coffee. Kemudian, susunkan ke dalam bekas pilihan anda.
Lapiskan dengan frosting cream tadi. 
Ulang dengan mencelupkan biskut dan lapiskan dengan frosting cream.
Sejukkan beberapa jam di dalam chiller.
Serbuk koko ditaburkan sebelum dihidangkan.


Kalau nak sempoi kaup guna sudu jek...hi hi hi...makan bersama insan tersayang....


Ready to eat!!
Nyum2!!

No comments: