Pages

Tuesday

Kesetiaan...


Assalamualaikum belog~!

Makin naik dah pipi saya...harusss dikurangkan jugak....hi hi hi... Ni semua gara2 makan collagen kot...tak pun memang dah terlebih tisu protein kat pipi ni...Alhamdulillah...asalkan tak lapar dan tak dahaga serta cukup segala keperluan.... Walaupun pipi makin naik...hidung tetap maintain ada....Alhamdulillah...belum tenggelam lagi..masih cukup segala sifat2 kewanitaan....Alhamdulillah...

Beberapa hari ni saya dikejutkan dengan berita yang sangat tak best untuk didengar dan dihayati bersama... Kisah kecurangan seorangan perempuan terhadap boyfriend dia... Banyak persoalan yang timbul sejak daripada kes itu... 

Perlukah untuk seorang perempuan setia dengan boyfriend dia sedangkan tiada apa2 ikatan lagi yang menghalalkan hubungan mereka?

Bila saya fikir logik, istilah boyfriend kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia bermaksud kawan lelaki. Daripada terms tu pun saya dapat rasakan seperti macam tidak patut untuk seorang perempuan setia sangat pada boyfriend dia....berkawan saja dengan mana2 lelaki asalkan tahu menjaga batas2 pergaulan. Apa maknanya cemburu dalam diri boyfriend itu? It's nothing. Melainkan jika seorang lelaki pergi berjumpa dengan parents perempuan itu dan memutuskan untuk bertunang dahulu. Yess...apa yang saya f aham tentang tujuan bertunang ni adalah perempuan itu perlu setia dengan tunang dia...sebab diri dia telahpun di'booking' oleh lelaki itu...sooooooo....kalau nak cemburu pun memang patut...kalau nak setia pun tersangatlah patut.....tapi still kena jaga adab2 pergaulan kerana masih belum sah.

Zaman sekarang ni...kapel2 suka buat tindakan yang bodoh...putus cinta jek bunuh diri...putus cinta jek nak failkan exam *terasa sangat..uhuk2*...Nak tau tak sebab apa terjadi semua tu? Tak lain tak bukan...sebab terlalu setia pada pasangan yang belum tentu pasti jadik teman hidup kita yang halal.... Kesetiaan pasangan kekasih ni bermacam2 cara...yang pasti...pengorbanan zahir dan batin tu mesti ada....faham2 sendiri lah.... Bila terjadi pengorbanan yang bermacam2 cara tu....tu yang meroyan sekejap apabila hubungan terhenti di suku jalan..

Kesimpulannya,

Kepada perempuan: belajarlah untuk menyayangi diri anda...kalau nak berkorban untuk menagih kesetiaan seorang lelaki, korbankan la seekor kambing hitam dan seekor ayam kampung berwarna hitam pada mereka....jangan korbankan diri anda.

Kepada lelaki: kalau nak merasai kesetiaan seorang perempuan terhadap anda...kumpul la duit cepat2 dan pergilah kahwini dengan mana2 perempuan yang kamu suka untuk jadikan isteri....jangan gunakan alasan dah bayar deposit hantaran kat parents then nak test drive anak mereka...no no no....kalau yang xmampu nak ada duit belanja kawin tu......jangan diharapkan kesetiaan perempuan pada kamu....sesungguhnya perempuan inginkan seorang lelaki yang mampu memberikan guarantee untuk sehidup semati bersama2....rajin2lah bekerja...


No comments: