Pages

Saturday

Resepi Kek Coklat Kukus~!


Assalamualaikum belog~!

Amacam? Gebu tak kek coklat kukus saya? Gebu macam saya kan! Hi hi hi.... Saya ikut resepi dari kawan mama jek ni...1st time buat bentat...ni 2nd time...alhamdulillah...saya duk adjust2 sket cara2 seperti membuat kek yang biasa.... Ok...tanpa berlengah lagi...meh kita tengok resepinya....

Bahan2:

4 biji telur (dipukul hingga kembang)
1 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1/2 tsp soda bicarbonate
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbuk koko

Cara2:

Telur ayam dipukul sehingga kembang.
Masukkan gula castor dan pukul hingga kembang.
Masukkan soda bicarbonate, minyak, susu cair dan susu pekat. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Pukul hingga sebati jugak.
Adunan yang telah sebati kemudian dimasukkan ke dalam loyang yang bersesuaian dan hentak 3 hingga 5 kali.
Masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan.
Tunggu sehingga 45 minit. Periksa sekiranya kek telah dimasak dengan menggunakan lidi. Tambahkan masa kukusan sehingga kek masak.

p/s: pukulan mixer saya guna yang paling maximum. adunan dipukul sehingga semua bahan sebati.

Selamat mencuba k~!



Happy sangat tengok kek merekah...hi hi hi...


Malam ni sempat jugak saya kukus jagung...gaul dengan mentega dan taburkan sedikit garam, gula....pastu menghadap makan depan tv...nyum2!

Cuti ni puas memasak...melepaskan gian yang dah lama terpendam....hi hi hi....

Esok dah nak balik...tunggu cuti mid term la nampaknya....rancang lagi nak masak apa...hi hi hi...



No comments: