Pages

Sunday

Resepi Durian Crepe~!


Bahan2:

A - crepe barter

50 gram tepung gandum (diayak)
1 sudu makan tepung ubi (diayak)
2 sudu besar gula halus / castor (diayak)
40 ml susu segar / susu cair
1 biji telur (dipukul sedikit)
3 sudu teh butter (dicairkan)
160 ml air kosong
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning

B - crepe filling

Durian flesh secukupnya (dilecek)
1 kotak kecil whipping cream (diputar hingga kental)

Cara2:

Bahagian A ye...

Satukan tepung gandum, tepung ubi dan gula halus yang telah diayak.
Masukkan susu segar dan gaul hingga sebati dengan menggunakan whisker.
Masukkan telur dan gaul hingga sebati.
Masukkan pula butter cair dan gaul sekata.
Masukkan vanilla essence dan pewarna kuning.
Tapiskan adunan barter tadi.
Panaskan non stick pan. Lenserkan sedikit minyak. Dengan menggunakan teknik melempeng, tuangkan sedikit adunan barter tadi. Pastikan crepe tu nipis jek... Dan api perlahan jek...
Jangan terbalikkan crepe tu....cukup sekadar bahagian permukaan masak...bahagian yang dimasak di permukaan pan tu nanti dijadikan bahagian dalam untuk meletakkan filling...faham x?

Okeyh...masa untuk membuat bahagian B pula...

Letakkan whipping cream kemudian durian flesh ke atas crepe...dan lipat crepe untuk menutup filling tu tadi...

Maaf...takde gambar plak nak tunjuk....hu hu hu....


Tapi yang pasti rasa durian crepe ni sangat sedap....kalau masukkan dalam peti sejuk semalaman, dapat rasa mcm makan durian ice cream...sebab crepe dia pon da rasa macam ice cream cone...cuma versi lempeng.... Selamat mencuba ye~!

Menu tengahari tadi saya masak mee kari jek....


Tips untuk buat mee kari ni sedap adalah dengan menggunakan udang....kalau nak letak ayam juga...sila gorengkan ayam tu dulu....tapi tetap masukkan udang jugak... Okeyh??







No comments: