Pages

Friday

Resepi Sup Kaki Ayam Gaya Student~!


Assalamualaikum belog~!

Hujan2 macam ni memang sedap kalau dapat hirup sup panas2...kan2! Yelah2...saya nak bagitau...harini saya masak sup kaki ayam lagi...tapi saya bukan masak kat rumah..tapi dalam hostel! Ops!! Hi hi hi..kantoiii jek...xpasal2 kena saman pulak....

Apa ada hal...xaya tak sanggup da nak menanggung sakit perut ni sebab makan makanan di cafe UMP ni.... Sensitif da perut ni skang... Yang penting sup kaki ayam saya sedap sangat...setanding dengan masak di dapur.... Saya guna rice cooker jek ni....so kepada student2 yang ada rice cooker tu..leh la tiru saya masak ni....nak kasi rice cooker tu keep kat button cooking...saya tahan dengan lipatan tisu yg sangat tebal...so memang boleh goreng ayam da dalam tu...hi hi hi...Jom la kita tengok bahan2 yang digunakan...

Bahan2:

1/2 kilo kaki ayam (dibersihkan)
3 biji kentang
1 batang carrot
2 batang seleri
Sedikit kubis bunga
1 labu bawang besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 biji cili api (dihiris atau ditumbuk)
Sedikit rempah tumis (bunga lawang, biji pelaga dan kulit kayu manis)
Sedikit minyak
Sedikit garam


Cara2:

Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili api dan rempah tumis sehingga kekuning kuningan.
Masukkan kaki ayam.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
Masukkan sayur2 dan tunggu sehingga semuanya masak dan empuk.
Boleh dimakan bersama2 dengan nasi, mee kuning atau bihun.

Selamat mencuba~!


Beginilah keadaan saya masak...hi hi hi...


Jom menghambakan diri pada buku2 engineering yang tebal2 tuh!! Malam ni pulak ada kelas ganti....menjahit pun tak siap lagi nih!! Haih! Kena carik sugardaddy la kalau taknak hidup lintang pukang mcm ni...hi hi hi...

Tata~!




No comments: