Pages

Tuesday

Resepi Sup Kaki Ayam + Sambal Kicap Johor + Bawang Goreng~!


Inilah juadah yang telah saya siapkan untuk lunch harini...

Mee sup kaki ayam Amirah~!

Wahh..glemer u! Kaki ayam pun boleh posing dalam belog ni...haruslah beberapa kali posing kerana kaki ayam merupakan fevret saya...hi hi hi...tambah2 bila dapat tau tentang kandungan khasiat yang ada pada kaki ayam...collagen u! Tak perlu nak keluarkan belanja mahal2 beli collagen kat pasaran...makan kaki ayam sudah...ha ha ha!

Ok la...selain daripada sup...saya juga telah sediakan sambal kicap dan juga bawang goreng... Jangan pandang sebelah mata ok....nak buat bawang goreng pun kene ada style...kalau tak memang xlaku la sambal goreng dimata penggemar2 sup ni...hi hi hi....

Resepi sup kaki ayam ni *astrok ye...(*astrok = ulang tayang)...so..saya just copy paste jek la dari resepi2 terdahulu....

Sup Kaki Ayam

Bahan2:

1/2 kilo kaki ayam (dibersihkan)
3 biji kentang
1 batang carrot
2 batang seleri
Sedikit kubis bunga
1 labu bawang besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 biji cili api (dihiris atau ditumbuk)
Sedikit rempah tumis (bunga lawang, biji pelaga dan kulit kayu manis)
Sedikit minyak
Sedikit garam

Cara2:

Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili api dan rempah tumis sehingga kekuning kuningan.
Masukkan kaki ayam.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
Masukkan sayur2 dan tunggu sehingga semuanya masak dan empuk.
Boleh dimakan bersama2 dengan nasi, mee kuning atau bihun.

Sambal Kicap Johor

Bahan2:

5 ulas bawang putih
Segenggam cili api
Sedikit air asam jawa
2 1/2 sudu makan gula pasir
Sedikit air masak
Sedikit kicap masin

Cara2:

Blend kesemua bahan2 sehingga lumat. Adjust rasa mengikut citarasa anda.

Bawang Goreng

Bahan2:

1 kg bawang rose/ bawang merah (dihiris nipis)
Sedikit garam

Cara2:

Bawang yang telah dihiris digaulkan bersama2 dengan sedikit garam.
Minyak dipanaskan.
Goreng bawang dengan api yang sederhana.
Apabila bawang sudah mula untuk caramalized, tunggu beberapa saat dan tutupkan api.
Gaul2kan sebentar di dalam minyam menggoreng...jangan terus angkat...apabila warna bawang da sekata, boleh la angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

Sekian terima kasih~!

Selamat mencuba~!







No comments: