Pages

Thursday

Resepi Mee Goreng Putih~!


Assalamualaikum belog~!

Selamat pagi semuanya...dah masak ke? Saya dah siap masak lunch dah....asam pedas ikan pari jek...hi hi hi...untuk breakfast saya buat mee goreng yang sgt simple...apa yang terlintas kat kepala jek ni....rasanya pon sedap....tapi kalau letak brokoli lagi sedap....hi hi hi....kalau tengah malas2 tu...buat jek mee goreng simple ni....

Bahan2:

1 bungkus mee kuning
3 atau 4 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
4 atau 5 biji cili api hijau (ditumbuk kasar)
1 sudu makan sos tiram (dibancuh dengan sedikit air)
Olive oil (untuk menumis)
2 biji telur
Sedikit salt n pepper

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan cili api hijau sehingga naik bau.
2. Masukkan mee kuning dan gaul rata.
3. Masukkan bancuhan sos tiram. Gaul rata.
4. Perasakan dengan salt n pepper mengikut tunas rasa anda.
5. Pecahkan telur dan gaul sehingga rata dan kering.
6. Hidangkan.

Selamat mencuba~!

xoxo

No comments: