Pages

Saturday

Resepi Pak Choy Kukus & Sup Ikan Merah~!


Assalamualaikum belog~!

Saja2 jek ni nak update resepi untuk lunch harini....hi hi hi... Ingatkan mama yang nak masak..last2 saya yang masak sume sekali....hi hi hi... begitu la nasib chef amatur kat rumah ni...dah la xbergaji....takpe...asalkan dapat pahala....syukur....hi hi hi...

STEAMED PAK CHOY WITH OYSTER SAUCE


Bahan2 :

Beberapa ikat sayur pak choy (dikukus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 1/2 inci halia (dicincang halus)
Sedikit olive oil
3 sudu sos tiram
1/2 sudu tepung jagung (dibancuh)
Air secukupnya

Cara2 membuatnya :

1. Kukuskan sayur atas air yang telah mendidih selama 5 minit.
2. Panaskan olive oil dan tumis bahan2 yang dicincang halus.
3. Masukkan sos tiram dan air secukupnya.
4. Apabila air mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat.
5. Tuangkan ke atas sayur yang telah dikukus.
6. Hidangkan.


SUP IKAN MERAH


Bahan2 :

2 ekor ikan merah (disiang dan dipotong 2)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
4 ulas bawang putih (dihirs nipis)
2 inci halia (dihiris nipis)
1 bungkus rempah sup ikan Adabi
Batang saderi
Tomato
Daun sup
Garam dan serbuk perasa
Air secukupnya

Cara2 membuatnya :

1. Tumiskan bahan2 yg telah dihiris bersama2 dengan rempah sup ikan Adabi sehingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya.
3. Perisakan sup dengan garam dan serbuk perasa.
4. Masukkan ikan dan sayuran apabila air mendidih.
5. Hidangkan.

Haaaa...macam mana? Anak2 dara yang baru nak belajar masak..boleh la cuba resepi ni ye.... Ayah saya dah sound dah suh jangan masak sedap2 lagi sebab dia kena berkayuh pagi petang..... Hi hi hi....tapi takpe....kami sekeluarga dah kembali mengamalkan memakan beras perang...  Kat rumah ni memang wajib betukar2 beras putih dengan perang....sebab nak mengekalkan kesihatan yang optimum..... Maklumlah..Deli tu asik makan jek....tu yang kena berjaga2...

Ok la...


Malam semalam melilau saya carik Crocs Hello Kitty saya sebab nak outing jap....rupa2nya Iman masukkan dalam bakul payung....haih...sabau jek la....patut la sibuk duk ngemas n susun kasut....kasut saya ni dia xtau nak letak mana kot.....tu yang sumbat jek dalam bakul....haih! Iman ni memang budak bertuah!!


No comments: