Pages

Tuesday

Resepi Red Velvet Cake~!


Assalamualaikum belog~!

Alhamdulillah...setelah sekian lama cita2 saya nak buat RVC ni akhirnya tercapai jua...hi hi hi....Itu pun setelah meneliti banyak resepi kat belog dan cara membuatnya di Youtube.... ya..sebelum anda nak buat semua ni...pastikan tengok cara2 kat omputeh buat kat Youtube....ye la..ni kan resepi mereka...haruslah ikut cara mereka....hi hi hi....

Pada mulanya saya ingatkan susah sangat nak buat RVC ni....rupa2nya senang jek...lagi senang dari buat ciskek....kalau tak percaya...sila la try ye... Ok2...tanpa membuang masa....mari kita tengok resepi2nya k....

RED VELVET CAKE

Bahan A (bahan kering. diayak. dicampur bersama):

250 gram tepung kek
2 sudu makan serbuk koko
1 tsp garam

Bahan B (disatukan dalam bekas berasingan):

240ml buttermilk
2 sudu makan pewarna merah

**Jika tiada buttermilk, boleh bancuh sendiri. 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka makan. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum digunakan.**

Bahan C:

113 gram unsalted butter
160 gram gula castor
Sedikit esen vanilla
2 biji telur gred A

Bahan D:

1 tbsp soda bicarbonate
1 tbsp cuka makan

Cara2 membuatnya:

1.  Panaskan oven pada suhu 175 degree Celcius.
2.  Satukan bahan A dalam satu bekas.
3.  Satukan bahan B dalam satu bekas berasingan. Ini bagi memudahkan kerja2...hi hi hi..
4.  Di dalam bekas mixer, putarkan butter sehingga lembut atau creamy. Kemudian, masukkan gula castor dan putarkan sehingga sebati. Masukkan esen vanilla. Masukkan telur satu persatu. Putar sehingga kembang atau sebati.
5.  Masukkan bahan2 A dan bahan2 B secara berselang seli ke dalam adunan bahan2 C. *faham x?* Putar pada kelajuan sederhana.
6. Sediakan loyang yang telah digris dengan butter.
7. *Part paling mencabar* Satukan bahan2 D dalam sebuah mangkuk kecil. Kacau cepat2. Terus masukkan ke dalam adunan kek tadi. Kaup dengan spatula sehingga sebati dan terus masukkan ke dalam loyang. Cepat2 masuk ke dalam oven yang dah dipanaskan tadi.

Boleh???

Untuk cheese frosting pulak saya main campak jek cream cheese, gula castor,whipping cream, susu segar, butter dan esen vanilla sket....pastu putarkan jek semua sekali.....

Haaa....peringatan...sebelum nak sapu cheese tu....pastikan kek telah betul2 sejuk ye....nanti kalau kek panas...cair pulak cheese tu....kene ingat tau!!


Selamat mencuba semua.....

No comments: